Bukan semua orang layak untuk mendaki tambahan untuk menawan puncak gunung. Pendakian ekstrem memerlukan individu yang fit.
Pendek kata, ukur baju di badan sendiri sebelum mendaki. Jangan kerana sibuk mahu berselfie di puncak maka keupayaan diri dikompromi.
Ini nasihat Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Cawangan Perak, Muzafar Mohamad kepada individu sebelum mahu menjejakkan kaki di puncak gunung:
1. Guna khidmat malim gunung bertauliah bagi mengelak risiko tersesat ketika aktiviti tersebut.
Terdapat lokasi-lokasi yang ditentukan oleh Jabatan Hutan Negeri, Taman Negeri dan Taman Negara yang mewajibkan penggunaan malim gunung.
Malim juga bertindak sebagai pemberi pertolongan cemas dalam mana-mana insiden kemalangan dan mereka telah terlatih seperti apa yang berlaku di Gunung Tahan minggu lalu.
Mereka bertindak sebagai pemudah cara dengan mengatur jadual perjalanan, di mana harus berkhemah, berehat dan penerangan berkenaan lokasi.
Malim gunung akan memastikan penggunaan laluan mendaki tidak merosakkan alam seperti membuka laluan baru sewenang-wenangnya.
Khidmat malim gunung juga dapat membantu menambah pendapatan masyarakat setempat dan negeri.
2. Setiap individu yang menjalankan aktiviti mendaki terutama yang berusia 30 tahun ke atas digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala.
3. Kesemua penggiat, malim gunung dan pendaki sebaiknya mengikuti mana-mana latihan khidmat bantuan awal ‘first aid’.
– Dalam mana-mana situasi pendakian atau kembara, khidmat kecemasan terhampir adalah sekitar dua jam paling dekat, malah berhari-hari bagi sesebuah gunung.
– Semua yang terlibat harus membawa kit pertolongan cemas masing-masing di samping ubat-ubatan yang diperlukan untuk diri sendiri kerana hanya kita yang benar-benar tahu kesesuaian ubat-ubat dan tahap kesihatan diri.
4. Pendaki gunung perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan diri supaya malim gunung maklum mengenai situasi tersebut.
5. Peserta juga digalak memakai jam pintar yang membolehkan mereka tahu kemampuan diri seperti tahap kardiovaskular semasa pendakian.
6. Pendaki juga seharusnya lebih sayangkan nyawa berbanding impian gunung masing-masing dengan mematuhi arahan malim gunung, atau arahan pihak berkuasa.
7. Bagi penggunaan telefon bimbit, penting untuk pendaki membawa telefon bimbit masing-masing kerana boleh membantu waktu kecemasan dan penggunaan semasa ekspedisi seperti penggunaan kompas kiblat dan arah hutan.
– Telefon bimbit juga boleh diguna sebagai sumber cahaya semasa kecemasan seperti lampu kepala kehabisan bateri, boleh juga menjadi alat komunikasi dengan kumpulan bagi sesetengah gunung ada talian telefon.
– Apabila berlaku kecemasan, telefon bimbit boleh digunakan untuk merakam situasi kecemasan dan dihantar kepada pihak luar bagi mendapat pandangan pihak berkuasa.
Baca:
Dah terbukti cerita ‘planta’ hanya memfitnah PMX, pengakuan ‘cytro’ ini mengejutkan
Masih Ramai tidak tahu Kesan tidak baik guna sudip kayu ketika memasak
Tak pasal-pasal kena maki, ada ke patut claim apam balik berasal dari China