Realtime website trackingweb stats

Nak baju putih nampak baru? Campur ‘benda’ ini je masa cuci baju pasti jadi

Oleh AHMAD ISMAIL

Baju putih sentiasa menawan untuk dipakai pada bila-bila masa, tetapi ramai yang enggan memakainya kerana mudah kotor dan kotorannya jelas kelihatan.

Mencuci baju putih juga bukan perkara yang mudah, terutamanya jika ia terkena kotoran degil seperti tanah, minyak, daki, darah, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seorang wanita telah menemui cara mudah untuk menanggalkan kotoran dari baju putih tanpa perlu menyental kuat seperti yang dilaporkan oleh laman Express.

Dengan menggunakan teknik ini, bukan sahaja baju putih akan kelihatan lebih bersih, tetapi juga baju lain akan berseri-seri dengan warnanya.

Bahan-bahan:

Nak baju putih nampak baru? Campur 'benda' ini je masa cuci baju pasti jadi

120ml cuka

1 cawan garam

Sabun pencuci pakaian

Cara Penggunaan:

1. Masukkan baju ke dalam mesin basuh dan tambahkan cuka ke dalam ruang pelembut pakaian.

2. Kemudian tambahkan pencuci pakaian ke dalam ruang yang sepatutnya bersama-sama dengan garam.

3. Gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga rata dan sedikit larut dalam air.

4. Hidupkan mesin basuh dengan menggunakan mod biasa yang biasa digunakan.

5. Kemudian keringkan di ampaian seperti biasa. Warna asal baju akan kembali seperti baru.

BACA: Tips tanam kentang dengan isi banyak, dalam polibeg pun menjadi