Realtime website trackingweb stats

Nak baca jam ke nak suruh buat Matematik’ – Elak salah faham, kena tahu sistem baca jam di Indonesia

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ada rakyat Malaysia yang berseloroh nak baca jam atau nak suruh buat Matematik apabila berdepan sistem sebutan jam di Indonesia.

Di negara jiran kita itu, cara baca jam pun beza. Mereka tidak ada sebutan contohnya, “dua belas suku untuk jam 12.15.

Sebaliknya, di Indonesia waktu itu disebut sebagai “dua belas seperempat”.

Nak baca jam ke nak suruh buat Matematik' - Elak salah faham, kena tahu sistem baca jam di Indonesia

Paling perlu rakyat Malaysia tahu ialah pukul 12.30 disebut “setengah satu” bukannya “dua belas setengah” seperti biasanya kita sebut.

Jadi, pengetahuan am ini perlu kita tahu untuk mengelak salah faham lebih-lebih lagi jika berkunjung di negara jiran itu.

Hal inilah dikongsi seorang pempengaruh yang menceritakan pengalamannya semasa urusan ‘check out’ di sebuah hotel di Indonesia.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, ada yang menjelaskan bagaimana untuk faham dan sebut waktu di sana iaitu:

12.15: dua belas seperempat

12.30: setengah satu

12.45: satu kurang seperempat

12.55: satu kurang lima

Namun, anda boleh menyebut nombornya juga tetapi sedikit berbeza dengan cara sebutan di Malaysia.

Contohnya seperti –

12.45: dua belas lewat empat puluh lima.

@zhiddinazizz @zhiddinaziz ♬ original sound – zhiddinaziz

Baca:

“Selama ni rasa ‘berat’ nak habiskan” – Wanita dedah rahsia mudah telan kurma lepas campur dengan bahan ini

Bosan makan Dendeng Khairul Aming, cuba ‘modify’ dengan spageti – Tak tipu kejap je nak masaknya

9 maut selepas nikmati hidangan penyu eksotik