Realtime website trackingweb stats

Nak baca DM Instagram tanpa keluar ‘seen’, ramai tak tahu senang je caranya!

Oleh FATIN AQILAH

Salah satu platform media sosial yang popular untuk berhubung adalah Instagram.

Melalui Instagram, anda boleh menghantar mesej atau yang lebih dikenali sebagai direct message (DM)

Mesej ini boleh dihantar kepada pengikut anda di Instagram dan anda akan dapat melihat tanda ‘seen’ sekiranya mesej tersebut telah dibaca oleh penerima.

Namun begitu, terkadang tanda ‘seen’ ini tidak diingini. Ini kerana ada kalanya anda hanya ingin membaca mesej tanpa mahu memberikan respons pada masa tersebut

Oleh itu, terdapat cara mudah untuk membaca mesej Instagram tanpa menunjukkan tanda ‘seen’. Mari kita cuba.

Nak baca DM Instagram tanpa keluar 'seen', ramai tak tahu senang je caranya!

INILAH CARA BACA DM INSTAGRAM TANPA MENUNJUKKAN ‘SEEN’

Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan fungsi ‘Restrict’ pada akaun tersebut. Inilah langkah-langkahnya:

1. Jangan buka mesej yang diterima.

2. Pergi ke laman carian dan buka profil akaun pengirim mesej.

3. Tekan pada ikon tiga titik di bahagian kanan atas, kemudian pilih ‘Restrict’ atau ‘Mengehadkan’.

Mesej dari akaun tersebut akan terus masuk ke dalam ruangan Request.

Dengan cara ini, anda boleh membaca mesej tanpa menunjukkan tanda ‘seen’, walaupun anda telah membukanya beberapa kali.

Lebih menarik lagi, pemilik akaun tersebut tidak akan tahu bahawa anda telah menggunakan fungsi ‘Restrict’ pada akaun mereka. Jangan lupa untuk ‘Unrestrict’ akaun tersebut jika anda mahu.

Untuk melakukannya, ulangi langkah yang sama iaitu buka profilnya, tekan tiga titik di bahagian atas dan pilih ‘Unrestrict’.

BACA: Baru tahu rupanya beras pun ada tarikh luput, yang penting jangan buang dulu!