Realtime website trackingweb stats

Nadir sedia kemuka bukti, Ebit mohon maaf kepada semua

Oleh ADINDA

SELEPAS dicabar oleh pendakwah, Ustaz Ebit Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman nampaknya sudah mula memberi respon.

Menurut Nadir, dia akan menunjukkan segala hitam putih berkenaan kerja-kerja kebajikan di Gaza, Palestin tetapi memerlukan masa sedikit.

“Rilek guys. Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek yang ni dulu,” tulisnya ringkas.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Nadir dilihat sedang sibuk menguruskan sembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Status dimuat naik di Instagram Nadir

Dalam pada masa yang sama, Ebit Lew memohon maaf kepada kepada semua dan sedia memaafkan pihak yang telah melabelnya sebagai syaitan, dajal, babi, bodoh, penunggang serta segala macam fitnah dan kecaman yang menjatuhkan dirinya.

Menerusi coretan terbaharu di laman Facebook miliknya, beliau turut memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah bapanya, isteri dan dan anak-anaknya.

“Niat saya hanya hendak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ya pada semua,” tulisnya hari ini.

Kenyataan menerusi Facebook Ebit Lew

Beliau berkata, sengketa yang wujud tidak menguntungkan sesiapa melainkan syaitan sedangkan ramai lagi orang miskin, anak yatim kelaparan selain ada yang hilang pekerjaan dan tiada tempat berteduh memerlukan bantuan.