Rata-rata rakyat Malaysia pelik dengan tulisan tangan ‘Made In Malaysia’ (Buatan Malaysia) pada palam pintu Boeing 737 Max 9 yang tercabut dari pesawat Alaska Airlines.
Ramai menganggap mungkin ada pihak sengaja nak kutuk barang buatan Malaysia ekoran penemuan palam yang menjadi tumpuan dalam siasatan insiden penerbangan.
Objek itu dijumpai guru sekolah, Bob Sauer pada 5 Januari lalu, lapor Portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB).
Pintu itu dipercayai tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah Sauer di pinggir bandar Oregon.
Terdahulu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) mengenal pasti kawasan itu sebagai salah satu tempat ia mungkin terjatuh.
Apa yang lebih menarik dalam penemuan itu adalah bagaimana nombor siri dan butiran pembuatan tambahan palam pintu kelihatan seolah-olah ditulis dengan tangan menggunakan penanda dakwat kekal menyatakan ‘Made In Malaysia’.
“Itu cara yang menarik untuk melakukan kawalan inventori,” katanya kepada OPB.
OPB melaporkan, pihak Boeing tidak dapat mengulas perkara itu memandangkan ia masih dalam siasatan NTSB.
Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines, kini mengendalikan tiga pesawat Boeing 737 MAX 8 dan menjangkakan ketibaan enam pesawat lagi tahun ini.
Ia adalah varian daripada pesawat Boeing 737 MAX.
Penerbangan Alaska Airlines yang membawa 177 orang termasuk anak kapal melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Januari lalu.
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum mendarat semula dengan selamat selepas kru melaporkan isu tekanan.
Baca:
Bukan Chef Wan yang bayar gaji, rupanya hanya terlibat dalam kualiti makanan saja
Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira