Realtime website trackingweb stats

Mudahnya buat kuih bakar pandan, kisar pakai ‘blender’. Jom cuba untuk minum petang

Oleh AHMAD ISMAIL

Kuih Bakar Pandan, salah satu kuih tradisional yang selalu digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut apabila makan.

Sebenarnya, cara membuatnya sangat mudah dan pengukuran bahan hanya menggunakan cawan sahaja.

Bahan-bahannya juga mudah didapati.

 Mudahnya buat kuih bakar pandan, kisar pakai 'blender'. Jom cuba untuk minum petang

Jadi, mengapa tidak mencuba membuatnya dengan cara yang mudah ini?

Bahan-bahan:

• 3 cawan tepung gandum gandum
• 2 cawan gula
• 5 cawan santan
• 2 biji telur
• Sedikit pes pandan, garam dan pewarna hijau,
• 3/4 cawawan minyak masak.

Cara membuatnya:

1. Gabungkan semua bahan ke dalam pengisar, kecuali tepung.

2. Kisar sehingga semua bahan sebati, kemudian tambahkan tepung.

3. Kisar lagi sehingga adunan tidak berketul.

4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega.

6. Bakar sehingga masak, lebih kurang 45 minit.

7. Jika suka, taburkan bijan yang telah digoreng ke atasnya.

Sumber: Harmagidun

Baca:

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’

Ibu ini kongsi sambal ikan bilis kering untuk bekal anak ke asrama, boleh makan dengan roti atau nasi