Realtime website trackingweb stats

Mira Filzah sertai kumpulan Blackpink?

Oleh ADINDA

Mira Filzah sertai kumpulan Blackpink? Kecantikan pelakon Mira Filzah seringkali menjadi perhatian peminat dan netizen. Walaupun selepas mendirikan rumah tangga, Mira Filzah terus menjadi kegilaan ramai peminat sehingga baru-baru ini dikaitkan dengan anggota kumpulan K-Pop wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink.

Kecantikan pelakon Mira Filzah kerap kali menjadi perhatian kerana rupa parasnya yang dikatakan memenuhi kriteria rakyat Malaysia.

Mira Filzah sertai kumpulan Blackpink? Kecantikan pelakon Mira Filzah seringkali menjadi perhatian peminat dan netizen. Walaupun selepas mendirikan rumah tangga, Mira Filzah terus menjadi kegilaan ramai peminat sehingga baru-baru ini dikaitkan dengan anggota kumpulan K-Pop wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink.

Begitulah kisahnya apabila hantaran terbaru pelakon jelita itu meraih perhatian netizen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah majlis jenama terkenal di Johor.

Hantarannya itu meraih perhatian sehingga kebanyakan netizen menyamakan pelakon berusia 30 tahun itu dengan salah seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan, Jisoo Blackpink.

Difahamkan, Mira yang hadir pada majlis itu tidak mengupah MUA sebaliknya bersolek sendiri.

Dalam hantaran tersebut, Mira menggayakan busana berwarna hitam yang kelihatan menawan dengan ‘lipstick’ merah.

Mira Filzah sertai kumpulan Blackpink? Kecantikan pelakon Mira Filzah seringkali menjadi perhatian peminat dan netizen. Walaupun selepas mendirikan rumah tangga, Mira Filzah terus menjadi kegilaan ramai peminat sehingga baru-baru ini dikaitkan dengan anggota kumpulan K-Pop wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink.

Jisoo Blackpink

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ itu yang hanya sederhana gayanya namun tetap ‘meletop’. Selain itu, terdapat segelintir netizen yang melabel Mira sebagai ‘kembar Jisoo’ kerana memakai jenama terkenal yang sama dengan penyanyi tersebut.