Siapa saja yang tidak gemar akan makanan bergoreng kan? Tetapi setiap kali kita menggoreng nugget atau hidangan bertepung, biasanya terdapat saki baki tepung yang terperangkap dalam minyak selepas proses menggoreng.
Jadi, bagaimana kita boleh membersihkan sisa-sisa dalam minyak masak tanpa membuangnya?
Untuk pengetahuan semua menjaga kebersihan minyak masak, bukan setakat kita mengekalkan kualitinya, malah dapat mengurangkan pembaziran.
Kita tahu la, sekarang ni semua benda harga naik, jadi takkan nak buang minyak yang boleh guna lagi, kan?
Pentingnya, hasil akhir daripada proses ini ialah minyak kita akan menjadi jernih, dan kita tidak akan merasakan lagi kesan ‘serdak-serdak’ yang bercampur dalam setiap hidangan yang disediakan.
Cara paling chill untuk buang saki baki serdak atau tepung yang melekat dalam minyak masak adalah dengan menggunakan tepung kanji.
Tak perlu penapis mahal, cuma cairkan tepung kanji, campur dalam minyak yang masih ada sisa-sisa serbuk dan serdak hasil daripada penggorengan makanan.
Proses pengacauan dan pembiaran ia berketul-ketul tu penting, tau. Dia macam menyedut segala saki baki makanan yang masih ada dalam minyak tu.
Lepas cairkan tepung kanji, campur dalam minyak yang dah ada serbuk-serbuk dan serdak. Selepas tu, kacau-kacau sekali dan biarkan ia berketul-ketul.
Tengok, lepas semua sisa makanan tu dah melekat kat tepung kanji, angkat saja sisa tersebut.
Minyak kita dah kembali jernih, boleh terus digunakan untuk menggoreng makanan yang lain.
Jadi, tak rugi pun kalau kita buat macam ni. Lagipun, sekarang harga minyak pun bukan main tahan naik.
Mari jimatkan sedikit-sedikit, siapa tahu boleh buat belanja extra untuk keperluan dapur lain. Gitu la, hidup lebih senang!
@resep_debm3 tips dapur !!!
Baca:
Kerana seekor burung, jet pejuang Korea Selatan ditamatkan khidmat, kos baiki hampir RM500 juta
Nak tukar eMADANI ke duit tunai, MOF ingatkan jangan mudah sangat kena tipu