Koleksi kenderaan peribadi milik Sultan Hassanal Bolkiah, pemerintah Brunei, dianggarkan kira-kira AS$5 bilion (RM23.2 bilion) seperti yang dilaporkan oleh laman berita VNExpress baru-baru ini.
Koleksi ini terdiri daripada lebih daripada 7,000 buah kereta, menjadikannya koleksi kereta peribadi terbesar di dunia.
Koleksi kereta tersebut turut menampilkan model-model istimewa dari jenama seperti Bentley, Ferrari, BMW, dan McLaren F1 LM.
Antara kenderaan yang dimiliki oleh Sultan Hassanal:
1. Kenderaan utiliti sukan (SUV) Bentley Dominator yang unik dengan nilai kira-kira AS$80 juta (RM371 juta),
2. Porsche 911 dengan pakej kuasa X88,
3. Rolls-Royce Silver Spur II yang bersalut emas 24 karat, dan beberapa model berprestij lain.
Sultan Hassanal Bolkiah, yang kini berusia 78 tahun, telah memerintah sejak tahun 1967.
Menurut laporan dari India Times, Baginda dikenali sebagai salah seorang kerabat diraja paling kaya di dunia, dengan anggaran kekayaan mencapai AS$30 bilion (RM139.2 bilion) pada tahun 2022.
Untuk maklumat, baginda juga memiliki koleksi kenderaan mewah yang dianggarkan sekitar 600 unit kereta Rolls Royce, lebih dari 570 unit kereta Mercedes-Benz, lebih dari 450 unit kereta Ferrari, dan lebih dari 380 unit kereta Bentley yang disimpan di garasinya.
Jumlah nilai koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh individu tersebut dilaporkan melebihi nilai keseluruhan pasukan bola sepak kelab ternama, Manchester United.
View this post on Instagram
Baca:
Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira
‘Buka dulu payung tepi jalan jual nasi lemak’ – Ini nasihat untuk orang baru lepas pencen
Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh