Realtime website trackingweb stats

Mesir bertegas tidak terima Palestin, namun sedia beri bantuan kemanusiaan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, telah menegaskan bahawa negaranya tidak akan menerima pelarian Palestin, tetapi akan memberi bantuan dengan penuh kasih sayang dan penuh kemanusiaan kepada mereka.

“Bukan hasrat kami untuk menyediakan kawasan selamat atau kemudahan lain, tetapi jika wujud sebarang keperluan, kita akan tangani dengan perikemanusiaan yang diperlukan,” katanya pada pemberita di Persidangan Keselamatan Munich, Jerman.

Pada hari Jumaat, Reuters melaporkan bahawa Mesir sedang menyediakan kawasan berhampiran sempadan Gaza untuk menampung pelarian Palestin jika Israel menyerang Rafah.

Mesir bertegas tidak terima Palestin, namun sedia beri bantuan kemanusiaan

Pada masa yang sama memaksa mereka untuk melintasi sempadan tersebut.

Media dari Amerika Syarikat dan badan pemantau hak asasi di Mesir juga mengatakan terdapat kem penempatan dengan dinding setinggi tujuh meter sedang dibina di Semenanjung Sinai untuk menerima penduduk Palestin dari semenanjung Gaza yang kehilangan tempat tinggal.

Walaubagaimanapun ia dinafikan oleh Mesir, Israel yang sudah empat bulan memerangi dengan Hamas, menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin ke wilayah mereka, sementara mereka bersedia untuk melancarkan serangan di Rafah.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa kawasan bertembok seluas 21 kilometer persegi sedang dibina di sebelah sempadan Mesir.

Pembangunan ini dirancang sebagai cadangan jika perundingan untuk berhenti berperang di Kaherah tidak berjaya, dan kawasan itu dapat menampung lebih daripada 100,000 orang.

Namun, Shoukry menidakkannya dengan mengatakan bahawa semua itu hanya andaian belaka dan dia menerangkan bahawa sebenarnya mereka hanya sedang meningkatkan infrastruktur di sempadan, yang tidak ada kaitan dengan pelarian Palestin.

Pada masa yang sama, Gabenor Sinai Utara, Mohamed Shousha, menyatakan bahawa pembinaan yang dimaksudkan adalah projek pihak tentera untuk membina zon logistik bagi menerima bantuan untuk Gaza.

“Tapak itu terletak di atas runtuhan rumah penduduk Mesir yang dirobohkan semasa perang negara itu menentang pemberontak Islam di utara Sinai sedekad lalu.

“Kerja pembinaan sekarang adalah untuk menilai kemusnahan rumah ketika pergolakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bagi tujuan membayar pampasan sewajarnya kepada pemilik sebelum kawasan itu dibangunkan.

“Ia termasuk kawasan meletak trak, gudang, pejabat pentadbiran dan penginapan untuk pemandu,” katanya.

Mesir telah mengingatkan sekali lagi tentang kemungkinan pelarian Palestin merentasi Sinai jika Israel menyerang Rafah, yang dikatakan Kaherah sebagai tidak boleh diterima.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menyatakan bahawa tindakan itu boleh mempengaruhi perjanjian damai yang ditandatangani antara Mesir dan Israel pada tahun 1979.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, menyatakan bahawa Israel tidak bercadang untuk menghantar penduduk Palestin ke Mesir kerana menghormati perjanjian damai antara kedua negara tersebut.

Baca:

Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda

Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis

Amalan orang dulu – dulu, ketahui kebaikkan minum air rebusan daun pandan