Menteri Luar Negeri cadang pekerja di Lembah Klang WFH sempena ASEAN. Bagi warga kota yang selalu ‘terperangkap’ dalam lautan kereta bila ada acara besar, ada berita menarik! Cadangan untuk benarkan pekerja di Lembah Klang bekerja dari rumah dan sekolah jalankan pembelajaran dalam talian sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kini sedang dipertimbangkan oleh Kabinet.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu bakal dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bagi menghadapi dua acara mega — Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog pada Oktober nanti.
“Belajar dari pengalaman lawatan Presiden China…”

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan alternatif ini selepas kesesakan teruk melanda sekitar Kuala Lumpur susulan penutupan 17 jalan utama selama tiga hari semasa lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini. Ramai rakyat mengeluh kerana tidak dimaklumkan awal atau tidak diberi pilihan untuk elak perjalanan pada waktu puncak.
“Saya cadangkan supaya kakitangan jabatan tertentu dibenarkan bekerja dari rumah, dan pihak sekolah pula laksanakan pembelajaran secara dalam talian. Ini dapat kurangkan kesesakan dan kesulitan kepada rakyat, terutama yang tinggal dan bekerja di Lembah Klang,” kata beliau, dipetik daripada Free Malaysia Today.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan turut memohon maaf kepada semua yang terkesan akibat gangguan lalu lintas yang berlaku baru-baru ini.
Apa yang bakal berubah?
Kalau cadangan ini diluluskan:
- Pekerja pejabat kerajaan & sektor tertentu mungkin dapat WFH (bekerja dari rumah) sepanjang sidang.
- Sekolah boleh buat kelas secara online untuk beberapa hari.
- Kurang jem, lebih selesa untuk semua – termasuk para pemimpin luar negara yang datang melawat.
Fuhh… kalau betul jadi, ini bukan saja bagi ruang untuk rakyat ‘bernafas’, tapi juga langkah bijak untuk urus trafik bila negara jadi tuan rumah acara antarabangsa.
Nak tahu sama ada Kabinet akan luluskan cadangan ni? Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dalam masa terdekat.
BACA JUGA :
Gara-gara Presiden China, banyak jalan ditutup, ini sebabnya ramai tak tahu