Realtime website trackingweb stats

Menteri dedah punca Malaysia berdepan risiko rugi RM100 bilion

Oleh NUR KASIH

Malaysia berpotensi kehilangan nilai eksport minyak sawit hingga RM100 bilion sekiranya masalah berkaitan

lesen dan geran tanah dalam sektor penanaman sawit tidak diberi perhatian serius, menurut laporan New Straits Times (NST).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, memberi amaran bahawa kegagalan

mematuhi syarat penting seperti pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) boleh menyebabkan industri sawit negara terjejas teruk.

Menurut Johari, bukti pemilikan tanah melalui geran dan lesen amat penting untuk memastikan

Menteri dedah punca Malaysia berdepan risiko rugi RM100 bilion

aktiviti penanaman sawit mematuhi peraturan dan tidak melibatkan pembukaan hutan secara tidak terkawal.

“Langkah ini juga adalah keperluan utama untuk memenuhi kehendak pasaran eksport seperti Kesatuan Eropah (EU),” katanya.

Johari menekankan bahawa sejak 2020, pembukaan hutan baharu dan aktiviti penanaman sawit tanpa pensijilan MSPO adalah dilarang. Tambahan pula, kilang pemprosesan yang memegang pensijilan MSPO tidak dibenarkan menerima buah sawit daripada ladang yang dibuka secara haram.

“Malaysia menghasilkan sebanyak 18.6 juta tan minyak sawit setiap tahun. Namun, hanya sekitar 4-5 juta tan digunakan untuk keperluan domestik.

“Selebihnya dieksport ke pasaran utama seperti China, India, dan EU. Jika syarat pensijilan ini tidak dipenuhi, eksport kita ke pasaran antarabangsa akan terhenti,” jelasnya.

Namun, pandangan Johari ini bertentangan dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sebelum ini meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melonggarkan syarat jualan buah sawit tanpa memerlukan geran tanah dan lesen.

Ismail Sabri berpendapat bahawa syarat ini terlalu membebankan pekebun kecil, termasuk komuniti Orang Asli yang rata-rata bergantung kepada hasil sawit sebagai sumber pendapatan utama.

Sebagai langkah penyelesaian, Johari mencadangkan agar kerajaan negeri memainkan peranan lebih proaktif dalam menangani isu pemilikan tanah yang membelenggu pekebun kecil dan masyarakat Orang Asli.

“Tanpa dokumen pemilikan tanah yang sah, bagaimana kita mahu memastikan hasil sawit dapat dieksport ke pasaran antarabangsa?” tegas Johari.

BACA: Ini ciri teknologi canggih yang terdapat pada kad pengenalan model baharu