Angka kes positif harian Covid-19 semakin meningkat dan menghampiri angka 10,000. Lebih mendukacitakan kes kematian di rumah atau di bawa jenazah yang sudah tidak bernyawa ke unit kecemasan klinik dengan istilah Kes Brought In Dead (BID) semakin meningkat. Berikut contoh tiga senario yang mungkin berlaku.
Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Senario 2
Didapati positif COVID-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital.
Senario 3
Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini.
Selain daripada kluster perayaan dan rentas negeri, negara juga berdepan dengan kluster tempat kerja iaitu sejak gelombang dua dan awal gelombang ketiga lagi.
Sehingga 26 Mei 2021 sahaja jumlah keseluruhan kluster aktif adalah 593. Jumlah kluster tempat kerja yg masih aktif adalah 233 kluster dengan 39% daripada kluster yang masih aktif melibatkan 16,785 kes aktif.
Sejak PKP 3.0 yang berkuatkuasa pada 12 Mei 2021, sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah.
Jika dibandingkan dengan sebelum PKP3.0 terdapat pengurangan bil sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster:
-Pentadbiran awam
-Pembinaan
-Perkhidmatan
Manakala berlaku peningkatan bilangan sub-kluster Pembuatan dengan 14 kluster dlm seminggu sebelum PKP3.0 kepada 21-25 dlm seminggu selepas PKP3.0
Sejak pelaksanaan PKP 3.0 bermula 12 Mei 2021, tren kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.
Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan sebanyak 62 kluster bersamaan 53.4 %.
Tren peningkatan kluster di tempat kerja semakin membimbangkan walaupun selepas PKP 3.0 dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan SOP baharu dikenali Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan COVID-19 seperti penubuhan pasukan kecemasan COVID-19 oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja
Sehubungan itu KKM menasihatkan majikan melaksanakan langkah-langkah pencegahan ini dilaksanakan di tempat kerja.