Mengaruh sangat dah Datuk Rosyam Nor apabila bersetuju dengan kewujudan rumah pelacuran di negara ini untuk pendatang asing.
Pelakon veteran itu berpendapat servis persundalan dapat membantu mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing yang semakin meningkat.
“Pusat pelacuran perlu sebenarnya sebab di negara kita ada lebih kurang tiga juta pendatang asing yang bekerja di sini.
“Bini mereka ditinggalkan pula. Namanya pun lelaki, kalau dia tidak lepaskan (nafsu), dia mahu ‘tonjol’ di mana?
“Mereka (warga asing) tengok anak dara dan bini kita, silap-silap dia rogol, boleh sampai ke tahap itu,” ujarnya.
Menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berharap kewujudan pusat pelacuran setidak-tidaknya dapat menangani peningkatan bilangan kes jenayah melibatkan seksual di Malaysia.
“Sebab mereka duduk sini, malam dah tidak bekerja. Dia pun tengok benda yang sama, pornografi juga.
“Jadi, apabila ada rumah pelacuran, sekurang-kurangnya dia pergi ‘bayar’ di sana. Ini pandangan peribadi saya sahaja, mungkin salah atau betul,” ujarnya lagi.
Susulan kenyataan aktor berumur 57 tahun itu, orang ramai tampil mengecam dan mengingatkan pentingnya ilmu agama dalam membuat pertimbangan.
“Tak betullah Tok, mengarut. Ingt, ramai je mereka tu orang Islam. Takkan nak galakkan mereka buat maksiat. Kalau bukan Islam pun, takkan nak galakkan aktiviti persundalan tu jadi terang-terang.
“Haram tetap haram. Orang kalau ada masalah dari segi seksual memang akan tetap bermasalah walaupun ada pusat pelacuran.
“Kalau Islam dan tahu zina itu haram. Jika dia tahan pasti dia ‘berpuasa’.
“Bila benarkan ini berlaku mereka hanya akan lebih berfantasi untuk berhubungan dengan orang tempatan,” demikian kata warga maya.
Baca:
‘Dahlah cantik boleh mengaji lagi’ – Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah
Bahana langgar lintasan air, pemandu Perodua Myvi nyaris hanyut dalam arus deras
‘Ye ke pekak atau orang kurang otak?’ – Takkan tak tengok cermin belakang sekali-sekala