Mengembara ke negeri Kedah dengan ETS bukan sahaja mempercepatkan perjalanan, malah membuka peluang untuk mengalami keindahan tempat menarik dan pengalaman yang unik.
Seringkali kita mendengar orang enggan menggunakan kereta api kerana banyak yang menganggapnya lambat dan merepotkan.
Tapi sebenarnya, banyak yang tidak tahu bahawa kereta api di Malaysia telah ditingkatkan, terutama Electric Train Service (ETS) yang sangat selesa.
Perjalanan tidak hanya lebih cepat, tetapi juga terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam tren, pasti membuatkan anda tidak bosan.
Tambahan pula, terdapat kemudahan mengecas peralatan elektrik, surau, tandas, dan kafe. Wah, betapa mudahnya!
Tahukah anda? Perjalanan ke Kedah menggunakan ETS hanya mengambil masa lima jam sahaja!
Banyak yang tidak tahu keindahan negeri Kedah yang terletak di utara Malaysia.
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati, terutamanya untuk penggemar sejarah.
Kedah juga merupakan salah satu kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu Kedah Tua.
Anda boleh menemui banyak peninggalan sejarah seperti candi dan tapak arkeologi di Sungai Petani.
Jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai untuk memahami lebih lanjut tentang tamadun awal di Tanah Melayu.
Bagi peminat alam sekitar, kunjungilah Bakau Hijau, Geo Park terbesar di Kedah.
Di sini, terdapat kemudahan boat house dan hotel ala kampung untuk penginapan, dan anda boleh mencuba tiram yang dibela oleh penduduk tempatan.
Bakau Hijau juga terkenal di kalangan pelancong dari seluruh dunia kerana keindahannya.
Jika anda berkunjung ke Sungai Petani, jangan lupa melawat pekan Alor Setar yang hanya berjarak kira-kira satu jam dari situ.
Menara Alor Setar menawarkan pemandangan indah pekan Alor Setar, Pulau Langkawi, dan Thailand jika cuaca membenarkan.
Menara setinggi 165.5 meter ini juga mempunyai restoran berputar!
Selain itu, terdapat Muzium Padi, Masjid Zahir, Muzium Diraja, Kompleks Kelahiran Mahathir Mohamad, dan Pekan Rabu untuk penggemar shopping.
Pekan Rabu merupakan tempat ikonik dengan pelbagai barangan yang berharga mampu milik dan unik.
Dengan menaiki ETS ke Kedah, anda bukan hanya akan menikmati perjalanan yang selesa dan pantas, tetapi juga dapat merasai keindahan serta keunikan tempat-tempat menarik yang menanti anda di negeri Jelapang Padi ini.
Jomlah melengkapkan pengalaman pelancongan anda dengan naik ETS ke Kedah!
Baca:
Elakkan minuman berkafein antara tips mudah bangun awal pagi
Tak rela dinodai, wanita lapor polis ‘rider’ mabuk buat aksi tak senonoh
5 idea menu sahur ini mudah disediakan, kenyang membawa sampai ke waktu berbuka