Realtime website trackingweb stats

Memang stress tengok pepijat bersarang di tilam, ini cara paling mudah nak buang

Oleh AHMAD ISMAIL

Masalah serangga pepijat pada tilam atau kusyen memang menyusahkan.

Walaupun saiznya kecil, gigitannya boleh mendatangkan masalah.

Kulit yang digigit akan menjadi kemerahan dan sangat gatal.

Memang stress tengok pepijat bersarang di tilam, ini cara paling mudah nak buang
Bed Bugs Cincinnati

Masalah gatal ini boleh berlarutan, terutamanya jika anak-anak kecil juga digigit.

Selain dari kesan gigitan, kita boleh menyedari kehadiran pepijat melalui kesan darah seakan karat yang mungkin ditinggalkan.

Bau yang tidak menyenangkan dan kuat juga mungkin dihasilkan oleh pepijat.

Jika ada tanda-tanda ini, perhatikan bahagian tepi dan celah-celah tilam.

Mungkin ‘si kecil’ ini sedang berlindung di situ.

Menggunakan perkhidmatan profesional mungkin menjadi cara yang mudah untuk menyingkirkan serangga ini, tetapi ia memerlukan kos.

Di samping itu, terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan sendiri untuk mengatasi masalah pepijat ini.

Ini 8 cara anda boleh lakukan untuk hapuskan pepijat pada tilam:

1. Gunakan pengering rambut

Pepijat ini akan alah pada haba atau kepanasan. Oleh itu, anda boleh gunakan pengering rambut dan arahkan ke celah-celah tilam untuk menghilangkan pepijat.

Lakukan langkah ini sebanyak 3-4 kali, walaupun anda perlu menanggung bau busuk pepijat yang dikeluarkan.

Pastikan semburan dilakukan secara teliti di setiap celahan tilam dan kain cadar untuk memastikan kebersihannya.

2. Sembur

Gunakan semburan yang direka khas untuk menghapuskan serangga, seperti Baygon atau Ridsect. Semburkan dan biarkan seketika sebelum menggunakan penyedut vakum.

Ulangi langkah ini sebanyak 4-5 kali untuk memastikan semua pepijat hilang. Pastikan juga untuk membuang sedutan dalam penyedut vakum, kerana pepijat mungkin hidup dan merebak dari situ jika tidak dibersihkan.

3. Jika ada gel silica, taburkan pada tilam

Jika terdapat gel silica, taburkan pada kawasan sarang pepijat untuk menyerap kelembapan dan menyebabkan pepijat mati akibat dehidrasi.

4. Tuangkan baking soda pada tilam

Tuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapukan pada bahagian tilam yang mungkin dihuni pepijat menggunakan berus.

Biarkan selama seminggu untuk membunuh pepijat dan telurnya.

5. Keringkan cadar dalam mesin pengering

Cuci cadar yang mengandungi pepijat dengan air panas dan keringkan dalam mesin pengering.

Haba yang dihasilkan akan membantu membunuh pepijat, memastikan kebersihan cadar anda.

6. Guna daun durian belanda

Ini adalah petua tradisional yang dikongsi oleh orang dulu-dulu.

Ambil daun durian belanda dan selitkan pada celah-celah tilam.

Kononnya, haiwan kecil tidak suka pada daun ini.

Boleh cuba, terutama selepas melakukan semburan untuk mengelakkan mereka datang semula.

7. Jemur tilam di bawah cahaya matahari

Angkat dan jemur tilam serta kusyen yang mempunyai pepijat di bawah cahaya matahari terik. Biarkan selama beberapa jam.

8. Ganti tilam baru

Jika anda sudah mencuba beberapa cara di atas dan masih ada pepijat, mungkin lebih baik untuk menukar tilam dengan yang baru.

Buang tilam lama jauh-jauh, kerana pepijat mungkin sudah banyak dan bersarang.

Selamat mencuba, dan semoga petua ini memberikan manfaat kepada semua.

Baca:

‘Harga pergi Tel Aviv balik hari’ – Ayam goreng kunyit di Langkawi boleh cecah RM20!

Hari tu Bezza, sekarang Honda CRV pula rosak sejurus keluar pusat pameran, jangan-jangan ada gula lagi

Jual jajan sampai awal pagi, ‘mak cik’ yang terima kata sinis ini bukan sembarangan