Realtime website trackingweb stats

Memang ‘potong’ kalau lemau, ikuti tips ini elak kuih raya cepat masuk angin & tahan lama

Oleh AHMAD ISMAIL

Kebiasaanya, Orang Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri ini selama 30 hari dan pastinya kuih raya akan dibiarkan terhidang di dalam balang untuk tetamu menjamu selera.

Meskipun disimpan di dalam balang yang kedap udara, tetapi kuih raya juga berpotensi untuk menjadi lemau.

Terdapat beberapa cara agar kuih raya anda boleh bertahan lama.

Memang 'potong' kalau lemau, ikuti tips ini elak kuih raya cepat masuk angin & tahan lama

Tips 1: Kuih raya perlu diletakkan di dalam balang yang kering sebelum digunakan.

Kelembapan balang kuih akan menyebabkan kuih raya mudah rosak kerana ia boleh merangsang pembiakan kuman.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Tips 2: Tepung dan gula dijemurkan terlebih dahulu.

Tepung dan gula yang dijemur akan membuatkan kuih raya menjadi rangup dan lebih ringan kerana ia dapat mengurangkan kelembapan tepung dan gula.

Untuk hasil yang lebih baik, tepung tersebut disangai di dalam kuali terlebih dahulu.

Tips 3: Taburkan gula atau garam di dalam balang sebelum mengisi kuih raya.

Gula dapat membantu mengurangkan bau tengik di dalam balang, manakala garam berfungi menyerap kelembapan balang kuih agar kuih raya boleh bertahan lama.

Tips 4: Kuih disejukkan sebelum dimasukkan ke dalam balang.

Anda boleh sejukkan kuih menggunakan cooling rack sebelum pindahkan ke dalam balang kuih. Kuih yang panas akan menghasilkan wap dan akan membuatkan balang menjadi lembap

Tips 5: Gunakan kertas minyak untuk mengalas setiap lapisan kuih.

Kertas minyak dapat menyerap lebihan minyak dari kuih dan mengekalkan kerangupan kuih.

Tips 6: Kuih raya diasingkan mengikut jenis setiap balang.

Kuih raya yang berbeza mempunyai adunan yang berlainan dan boleh menyebabkan kuih lain menjadi lemau dengan cepat. Selain itu, rasa kuih raya boleh terjejas jika dicampur dengan kuih yang lain.

Tips 7: Gunakan balang kedap udara untuk menyimpan kuih raya.

Gunakan balang kuih yang kedap udara agar kuih tidak mudah masuk angin. Cara yang mudah untuk memastikan balang kuih memang kedap udara ialah dengan memilih balang yang mempunyai getah di bahagian penutup.

Dengan mengamalkan tips-tips yang telah diberikan, diharapkan kuih raya yang disediakan dapat kekal segar dan lazat sepanjang sambutan Hari Raya. Selamat mencuba dan selamat menyambut Hari Raya!

Baca:

Harga hampir RM400,000 tapi Sanusi anggap tak mahal sangat pun – Netizen banding dengan kereta MB Selangor guna

Rita Rudaini nafi halang anak jumpa ayah kandung meskipun jasa Aidil cuma bagi benih saja

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi