Realtime website trackingweb stats

Memang jimat hanya guna dua jenis daun ini untuk halau nyamuk…

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ubat lingkaran sering digunakan untuk menghalau nyamuk yang menceroboh kediaman.

Walaupun berkesan, penggunaannya sering meninggalkan bau kurang enak dan menjadikan lantai berminyak.

Namun, melalui satu perkongsian di Facebook oleh Wan Erni Suria,

Beliau berkongsi cara alternatif menggunakan bahan semula jadi yang lebih mesra alam untuk mengatasi masalah nyamuk.

“Hairan betul, rumah dekat tingkat atas pun nyamuk boleh naik. Jadi kami cuba teknik ini, Alhamdulillah berkesan.

Memang jimat hanya guna dua jenis daun ini untuk halau nyamuk...

Selepas tiga minggu, bilangan nyamuk berkurang sebanyak 90 peratus dalam bilik

. Tak perlu guna bahan kimia pun, paling penting murah dan kediaman jadi wangi,” katanya.

Bahan-bahan:

Serai
Daun pandan
Langkah-langkah:

Layurkan serai dan daun pandan di atas api sekejap, cukup hingga keluar aroma wangi, tetapi jangan sampai hangus.
Hiris halus kedua-duanya, kemudian masukkan ke dalam bekas.
Letakkan bekas tersebut di sudut bilik.
Wan Erni Suria turut mengingatkan pentingnya menjaga kebersihan rumah untuk menghalang pembiakan nyamuk.

“Teknik ini boleh bantu halau nyamuk, tetapi kebersihan rumah tetap perlu dijaga, terutamanya di kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk,” tambahnya.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!