Di hotel mewah Address Jabal Omar Makkah, kini terdapat sebuah ruang solat yang istimewa.
Ruang solat ini diberi nama Sky Mussallah atau Mussollah di Langit.
Ia adalah ruang solat tertinggi di dunia yang mempunyai pemandangan langsung menghadap Kaabah dan Masjidil Haram.
Terletak di dalam jambatan penghubung antara dua bangunan pada ketinggian 483 meter dari paras laut.
Tempat itu telah diiktiraf dalam buku Rekod Dunia Guinness sebagai tempat solat paling tinggi di atas jambatan langit.
“Mussollah sedemikian merupakan titik cerapan hebat bagi para tetamu untuk menyelami kerohanian mereka sambil menikmati pemandangan mercu tanda indah di Mekah.
“Ia direka khas bagi membina hubungan dengan suasana persekitaran, menawarkan pemandangan Masjidil Haram serta Kaabah,” jelas hotel tersebut dalam satu kenyataan.
Menurut keterangan itu, bilik solat yang luasnya 550 meter persegi boleh memuatkan sehingga 520 orang.
Bahagian dalam Sky Mussallah menampilkan gabungan pesona Arab purba dan kehebatan kontemporari, terutama dalam kaligrafi Arab.
Setiap hasil kaligrafi menceritakan cerita tentang nama-nama Allah SWT yang berbeza untuk mengindahkan ruangan dengan warisan Islam.
Baca:
Gaul-gaul je dah siap, resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai
Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, no 5 paling bahaya