Realtime website trackingweb stats

Mayat mangsa bunuh ‘bangun’ buat video call sewaktu sedang dikebumi, habis ahli keluarga terkejut

Oleh FATIN AQILAH

Peristiwa pembunuhan yang mengerikan melibatkan seorang remaja Honduras telah mengejutkan masyarakat tempatan minggu lalu.

Individu ini dikenali sebagai Osman Adonay Erbina, mayatnya yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan pelbagai kesan tembakan pada kepala dan leher ditemui pada hari Ahad, 15 Oktober.

Namun, para tetamu semasa upacara pemakaman beliau terkejut apabila seorang rakan ‘si mati’ menerima panggilan video daripada remaja berusia 17 yang sepatutnya sudah meninggal.

Ketika keranda sedang disediakan, salah seorang rakan Osman menerima panggilan video daripada remaja Honduras yang sepatutnya sudah meninggal.

Vilma Fuentes, ibu kepada remaja yang didakwa meninggal, berkata dia menganggap rakan anaknya sedang bergurau, seperti yang diberitahu dalam temu bual dengan media tempatan di Honduras.

“Saya sangat terkejut apabila rakan-rakan anak saya memberitahu saya bahawa ‘Osman menelefon.’ Saya menganggap mereka bergurau.”

Ibu yang berduka itu kemudian menerima panggilan video daripada remaja Honduras tersebut.

Osman menelefon ibunya untuk mengesahkan bahawa dirinya masih hidup dan sihat.

Menurut laporan, Osman telah meninggalkan rumah tiga minggu sebelum perjalanan ke Amerika Syarikat.

Pada masa panggilan tersebut, dia berada di sempadan Guatemala-Mexico beliau berusaha meyakinkan ibunya dengan suara yang ceria dan gembira bahawa dia masih hidup.

“Saya di sini, saya di sempadan, saya hidup, saya tidak mati.”

Susulan daripada itu, keluarga remaja tersebut segera membuat laporan polis tentang situasi yang luar biasa dan mengejutkan ini.

Pihak berkuasa kemudiannya tiba di majlis upacara pemakaman dan siasatan lanjut mendedahkan bahawa mayat itu kemungkinan adalah Jimmy Sarmiento berusia 15 tahun, yang juga telah hilang.

Keluarga mengesahkan identiti tersebut, dan keranda itu dibawa semula ke rumahnya untuk upacara.

Fuentes kemudiannya memberikan komen mengenai kesilapan identiti tersebut.

“Hakikatnya, mereka nampak sangat serupa. Kami membersihkan jenazah dan meratapi, tetapi jenazah tersebut rupanya bukan Osman. Kami terkeliru, begitu juga polis.” Kata ibu mangsa.

 

Baca :

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan 

“Suami orang mana yang saya dah main tu?”- Shakilla berang dituduh berzina 

“Jangan main-main dengan darah rakyat Palestin”- Netizen berang live TikTok Da’i Syed