Penting untuk mempelajari cara menyiang sotong dengan betul kerana jika tekniknya tidak tepat, sotong akan menjadi liat dan berbau kurang menyenangkan.
Ia akan menjadi kerugian jika masakan yang sedap disediakan tetapi terpaksa dibuang kerana tidak sesuai dimakan.
Jadi, mari cuba teknik cara siang sotong yang paling cepat dan mudah.
Bahan-bahan diperlukan:
- Sotong kembang
- Air
- Serai
- Halia
- Bawang besar
- Bawang putih
- Garam
Cara-cara:
1. Siapkan air yang direbus dengan campuran serai, halia, bawang besar, bawang putih, dan sedikit garam.
2. Setelah air mendidih, masukkan sotong ke dalam air rebusan. Jangan biarkan terlalu lama. Cukup masak sotong hingga lembut, kira-kira 7 minit sahaja.
3. Seterusnya, tiriskan dan biarkan sotong sejuk sebelum mengeluarkan bahagian ekor atas dan mengelupas lapisan yang melekat pada badan sotong.
4. Bersihkan sotong seperti biasa dan potong mengikut saiz yang sesuai. Pastikan untuk mencuci sekali lagi sebelum dimasak ya.
Air rebusan yang dicampurkan digunakan untuk memberikan aroma dan rasa yang lebih enak kepada sotong.
Jangan lupa memcuba teknik ini.
Baca:
Jadual rujukan ibu – ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025
Cikgu kecewa hampir satu kelas dapat markah kosong, tapi cita-cita mereka mengejutkan