Realtime website trackingweb stats

Masak ketika maghrib dengan pintu terbuka, ibu husnudzon kuetiau goreng tiba – tiba ‘menghitam’

Oleh SHAZLIN AZIZ

Siapa yang tidak terkejut ketika memasak sesuatu, tiba-tiba masakannya kelihatan pelik.

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok mengenai seorang wanita yang berkongsi kisah seram ketika dia dan ibunya sedang memasak kuetiau goreng di dapur menjadi viral.

Pada mulanya, adik ipar wanita tersebut ingin datang ke rumah dan meminta mereka memasak kuetiau goreng.

 Masak ketika maghrib dengan pintu terbuka, ibu husnudzon kuetiau goreng tiba - tiba 'menghitam'

Dipendekkann cerita, ketika ibunya sedang memasak hidangan itu di dapur, tiba-tiba kuetiau dalam kuali berubah menjadi warna hitam dan kelihatan sangat aneh.

“Tiba-tiba dia berubah jadi warna macam ni. Rasa ralat menung depan kuaali tu sekejap. Apasal jadi macam.. dalam hati dan berzikir terkumat-kamit. Demi Allah ni bukan reka-reka ke nak viral. Tak. Sebab umi suka memasak dan jamu sesiapa jer yang datang rumah.”

Dengan terkejut melihat kejadian itu, dia segera mematikan api di dapur dan kemudian menunjukkan keadaan kuetiau itu kepada suaminya.

“Terus tutup api pergi ruang tamu panggil husband tunjuk.. lepas tu terus dia cakap jangan makan, jangan rasa, jangan usik! Buang terus.”

Apabila kejadian berlaku, pintu dapur rumah tidak ditutup kerana ingin membiarkan asap masakan yang sedang ditumis keluar.

Masakan tersebut dimasak sekitar jam 7 malam, hampir tiba waktu maghrib.

“Masa tu umi masak pukul 7 lebih camtu dah nak maghrib pun. Pintu belakang dapur sebelah tempat masak umi buka sebab nak bagi asap tumis tu keluar. Tapi lepas jadi gini, terus tutup pintu.”

Selepas makanan itu dibuang, ibunya memasak semula kuetiau goreng yang baru, dan makanan itu kelihatan seperti biasa seperti kuetiau goreng yang kita selalu makan.

“Ni kuetiau kedua umi masak, masa masak ni umi baca ayat kursi semua ayat baca. ya Allah takut betul jadi hitam tiba-tiba first time jadi. Adik ipar cakap mungkin terlebih kicap kot, yang mertua umi cakap ada letak paru ke? Mana ada letak.. paru pun aku tak makan. Last-last mak aku cakap takpe abaikan.. maafkan je sesiapa yang ‘hantar’ tu.”

Ramai pengguna internet di bahagian komen terkejut melihat penampilan kuetiau itu.

Ada yang berkata bahawa wanita tersebut mungkin terkena kesan santau orang lain tetapi dia hanya ingin berfikir yang baik.

Seram sejuk baca cerita ni.

Semoga kakak dan keluarga sentiasa dilindungi.

Sumber: Ummiaulianaqi

Baca:

Penduduk nampak satu ‘objek’, rupanya sosok wanita jatuh bangunan dipercayai ditolak kekasih

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’