Seorang jurugambar Palestin yang diangkat sebagai ‘Man of the Year’ rupanya telah diminta oleh individu tidak dikenali dipercayai Israel untuk melakukan propaganda terkutuk menentang Hamas.
Motaz Azaiza berkongsikan detik beliau mendapat panggilan daripada pengganas Zionis
Sebaliknya, dia terus meminta Motaz memuat naik Insta Story menentang Hamas.
“Saya bukan siapa-siapa, boleh awak buat cerita menentang Hamas?” kata si pemanggil.
Motaz terkejut dengan permintaan pemanggil biadab itu ketika beliau sudah terang lagi bersuluh bersama perjuangan rakyat Palestin yang sudah 75 tahun menjadi mangsa genosid Israel.
Kata pemanggil itu, dia memilih Motaz bagi tujuan itu kerana pengaruh yang dimiliki sebagai jurugambar.
Jadi, wakil Israel itu berharap agar propaganda tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat lebih luas.
“Kenapa awak pilih saya?” soal Motaz.
“Kerana anda seorang jurugambar, dan saya bimbang tentang keselamatan anda,” alasan pemanggil itu.
Walau bagaimanapun, Motaz menolak dengan tegas permintaan pemanggil yang tidak dikenali itu.
“Jika kamu takut dengan gambar yang saya rakamkan, kamu sangat lemah,” kata
Beliau juga menyatakan akan tetap setia kepada Palestin, walaupun tidak mempedulikan keselamatan dirinya, asalkan mendedahkan kebenaran tentang pembunuhan beramai-ramai kejam yang dilakukan oleh penjajah Israel.
Dalam masa sama, warganet bimbang dengan keselamatan Motaz yang dianggap sedang diintai oleh ejen risikan.
Beliau juga dinasihatkan supaya segera menukar nombor atau mematikan lokasi.
Semakan NextStepMalaysia mendapati desakan Israel ke atas Motaz itu dilakukan pada hari ketiga gencatan senjata sementara bermula 24 November lalu.
“Saya akan membenarkan anda mendengar panggilan telefon antara saya dan orang Israel No Caller ID ini,” kata Motaz Azaiza di laman X @azaizamotaz9 pada hari Ahad, 26 November lalu.
Serangan rejim Israel yang bertujuan bagi menamatkan rakyat Palestin sebagai sebuah negara itu menyaksikan lebih 17,000 orang terbunuh di Gaza.
Sementara itu, lebih 1.8 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Baca: