Realtime website trackingweb stats

Malaysia catat kadar kerintangan insulin tertinggi di Asia Tenggara, ini 7 fakta pakar elak hidap diabetes

Oleh FATIN AQILAH

Seorang pakar mendedahkan kadar prevalens kerintangan insulin dalam kalangan rakyat Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara, iaitu sebanyak 50.4 peratus.

Kerintangan insulin ialah gangguan fungsi hormon insulin, iaitu berlaku kegagalan tisu badan untuk bertindak balas terhadap hormon sekali gus menyebabkan gula tidak dapat diserap masuk ke dalam tisu untuk diproses.

Puncanya adalah daripada faktor persekitaran seperti gaya hidup, aktiviti seharian dan pemakanan, selain faktor genetik tertentu.

“Seterusnya berlaku pengumpulan gula dalam darah pada kadar yang tinggi, lantas badan bertindak balas menghasilkan lebih banyak insulin daripada kebiasaan untuk meningkatkan kemasukan gula ke dalam tisu,” katanya menerusi kenyataan.

Pakar Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Aniza Mohammed Jelani, berkata terdapat beberapa golongan berisiko mendapat kerintangan insulin, iaitu yang obesiti, gaya hidup sedentari dan tidak aktif bersenam.

Beliau berkata, jika masalah kerintangan insulin tidak dikawal, seseorang itu akan terdedah kepada risiko mendapat penyakit diabetes mellitus.

Ini 7 fakta wajib rakyat Malaysia tahu elak hidap diabetes:

1. Diet tidak sihat dengan mengambil makanan manis dan tinggi kandungan karbohidrat, selain faktor genetik, penghidap dan penyakit ‘polycystic ovarian syndrome’ turut berisiko mendapat kerintangan insulin.

2. Kerintangan insulin boleh diatasi dengan mengawal berat badan ideal, iaitu lima hingga tujuh peratus daripada berat badan asal berkesan mengatasi masalah itu dan mengelak risiko penyakit.

3. Utamakan makan serat atau sayur-sayuran, sumber nutrien, protein sihat, karbohirat, oat serta roti bergandum penuh. Elakkan makanan manis, tinggi lemak dan kandungan garam.

4. Insulin adalah sejenis hormon dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah supaya sentiasa dalam keadaan normal.

5. Di dalam badan manusia, selepas setiap kali pengambilan makanan, karbohidrat daripada makanan akan ditukarkan kepada gula ringkas dan ini menyebabkan paras gula di dalam darah meningkat.

6. Apabila paras gula di dalam darah meningkat, insulin akan dirembes dan merangsang sel-sel badan terutama hati, otot dan sel-sel lemak untuk menyerap gula yang terdapat dalam darah untuk disimpan sebagai sumber tenaga atau glikogen.

7. Insulin akan bertindak untuk merencat pemecahan glikogen kepada gula di dalam hati ke dalam darah sehingga paras gula di dalam darah kembali normal.

Baca:

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Sering bermimpi perkara-perkara sebegini, badan anda mungkin dihuni jin atau saka

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini