Isyarat 4 jari yang dinaik dan dirapatkan ke atas ibu jari ini penting untuk semua orang tahu. Kalau nampak ada orang buat begitu, anda perlu menghulurkan bantuan sewajarnya.
Bagi individu yang mungkin dalam situasi mengancam nyawa atau sedang diugut, isyarat ini amat berguna untuk memberitahu orang sekeliling.
Kedudukan 4 jari di atas ibu jari bermaksud “tolong” manakala 4 jari itu pula adalah “saya”.
“Tolong saya”. Itulah sebenarnya maksud isyarat yang perlu diketahui oleh semua orang.
Jika anda berada dalam keadaan bahaya, hanya gunakan isyarat ini bagi meningkatkan peluang untuk melarikan diri.
Bentuk komunikasi yang mudah ini penting sebagai ‘senjata’ sekiranya mahu meminta pertolongan serta maksud tanda tersebut perlu difahami untuk memberi bantuan.
Jadi, sekiranya kita melihat ada orang menggunakan isyarat ini, ketahuilah bahawa individu berkenaan dalam keadaan bahaya dan memerlukan bantuan.
Baca :
Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang
Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya