Realtime website trackingweb stats

Makin menjadi kes bayi maut tertinggal di kereta, ini 5 tips elak tragedi berulang, nombor 4 paling penting

Oleh ADINDA

Makin menjadi kes bayi meninggal dunia akibat seharian tertinggal dalam kereta. Tidak terbayang bagaimana azabnya detik-detik si kecil mengakhiri nyawanya.

Terbaru pada 24 Oktober gara-gara si bapa seorang kakitangan bukan akademik di sebuah Universiti Awam (UA) di Kuala Nerus, Terengganu terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak yang terletak dalam kampus terbabit.

Difahamkan, kakitangan universiti itu kalut mengejarkan urusan konvokesyen pagi tersebut. Ya,
zaman ini dalam kepala hanya fikirkan kerja dan cara nak dapatkan duit. Macam-macam boleh berlaku.

Jadi, tidak perlu kita bercakap berlebih-lebihan malah memaki hamun pula ibu bapa terbabit sebab perkara itu tak kena pada diri sendiri. Biarlah mereka disiasat disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ini 5 tips elak tragedi sama terus berulang yang dikongsikan warganet:

1. Bayi di ‘seat’ depan

Langkah paling praktikal sebab anak masih dalam radar mata. Hanya mungkin perlu kerusi penumpang itu ditolak sedikit ke belakang untuk memberi lebih ruang.

2. Letak dompet atau beg kerja sebelah anak

Ketika anak kecil, biasakan letak barang yang kita wajib bawa ke mana-mana di belakang bersama bayi seperti dompet, beg tangan, laptop, kad staf atau beg kerja.

Mudah kata, benda yang kita akan perasan tertinggal di kereta. Jangan letak di depan sebab apabila dah ambil semua barang itu dah tak toleh ‘seat’ belakang.

3. ‘Phone’ sebelah bayi

Letak telefon anda terus sebelah anak. Insya-Allah, sepanjang pemanduan akan ingat ada bayi di ‘seat’ belakang.

Masalahnya, kalau dah ketagih dengan gajet, itu yang sedang sibuk memandu pun masih sibuk jeling ‘phone’. Mana nak ingat anak sedang diam lena di belakang!

4. Bersiap awal untuk solat Subuh

Sibuk macam mana untuk keluar bekerja pun, setiap Muslim wajib mengerjakan solat Subuh melainkan uzur bagi kaum ibu. Tapi umur makin tua, janganlah masih ‘Subuh gajah’.

Cuba disiplinkan diri bangun sejam lebih awal daripada masuk waktu solat Subuh. Jauhi sifat tergesa-gesa yang mudah terjebak jadi lupa.

Sedangkan dalam ibadah pun, umat Islam disuruh untuk tidak tergesa-gesa supaya dapat fokus. Begitulah apabila kita memulakan pagi. Bangun awal dan bersiap, elok habis azan saja, iqamat dan solat Subuh berjemaah dan berdoa. Insya-Allah, akan menatijahkan hari yang baik dan sempurna.

5. Tidur awal dan cukup

Masuk tidur awal dan cukup waktu lena memang mempengaruhi kesihatan otak manusia. Memang ada kajian pun mengenai hubungan antara kualiti tidur yang lemah dengan kehilangan ingatan.

Tidur terlalu lewat menyebabkan kita bangun pagi dalam keadaan lesu hingga mungkin mudah lupa termasuk ada anak di ‘seat’ belakang.

Baca:

“Rupanya macam makhluk asing” – Bayi tiga kepala dilahirkan di India

Goku tiba-tiba jadi kecil dalam siri baharu Dragon Ball DAIMA, bakal ditayang tahun depan

“Suara saya unik, 10 guru vokal puji saya boleh nyanyi”- Iqbal Zulkefly