Realtime website trackingweb stats

Makan ubat pun tak hilang migrain, rupanya guna ais je ubatnya!

Oleh FATIN AQILAH

Ramai di antara kita sering mengalami migrain. Dengan bebanan kerja di pejabat, tanggungjawab rumah,

Dan masalah lain, ditambah lagi dengan cuaca panas, faktor-faktor ini boleh menjadi punca migrain menyerang.

Kadang-kadang, pengambilan ubat penahan sakit pun tidak memberi kelegaan, sehingga kita rasa seperti mahu mengetuk kepala kita ke dinding!

Menurut portal Myhealth, migrain boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan punca-punca yang diketahui memicunya,

seperti stres, terlalu lama terdedah kepada matahari, berada dalam persekitaran bising, dan sebagainya.

Makan ubat pun tak hilang migrain, rupanya guna ais je ubatnya!

Tambahan pula, terdapat satu kaedah semula jadi yang boleh dicuba untuk meredakan migrain, seperti yang dikongsi oleh Ustaz Norazri Medzlan dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang.

Caranya mudah! Anda hanya perlu menggunakan ketulan ais.

1. Ambil beberapa ketul ais.
2. Letakkan di tengkuk atau belakang leher.
3. Biarkan ais itu di tempat tersebut selama 10 minit.

Menurut Ustaz Norazri, beliau sendiri telah mengamalkan cara ini dua kali dan hasilnya amat berkesan.

Bagi mereka yang sering mengalami migrain, cubalah kaedah ini.

BACA: Doktor luah kerisauan pesakit kronik dalam kalangan warga muda makin meningkat ini punca utama