Realtime website trackingweb stats

Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie

Oleh ADINDA

Bekas isteri kepada Datuk ND Lala, 63, iaitu Mamazie meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya.

Pemilik kepada nama sebenar Fauziah Sarman, 56, itu meluahkan kerinduannya itu menerusi dalam laman Instagram miliknya.

Mamazie turut berkongsikan gambar dengan insan kesayangan termasuk anak sulungnya seorang penyanyi popular, Shila Amzah.

Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie

Untuk rekod, Mamazie hidup bersama selama 34 tahun dengan ND Lala yang juga penyanyi dan pelakon era 1980-an sebelum sah bercerai pada 5 September 2023.

Susulan itu, rata-rata netizen menasihatkan ibu kepada empat anak itu supaya tidak pilih kasih terhadap anak-anak.

Seorang warganet meminta ibu kepada penyanyi terkenal itu untuk bersikap neutral tanpa bersikap pilih kasih lagi agar mereka sekeluarga dapat kembali bersatu.

Tidak membiarkan komentar itu berlalu begitu saja, Mamazie kemudiannya membalas komen berkenaan.

Dia mengakui kesilapannya dan menyatakan dia telah meminta maaf kepada kesemua anaknya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila adik Shila iaitu Syada memuat naik status mempersoalkan mengapa rumah banglo tujuh bilik yang didudukinya bersama ibu mahu dijual.

Namun, Shila memberitahu tindakannya untuk menjual banglo yang boleh muat 10 buah kereta itu merupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga selepas ibu bapa bercerai.

Beliau pada Oktober tahun lalu dilapor berkata mahu menjual rumah itu kerana ingin mencari kondominium untuk ibu dan adik-beradik duduk tinggal dengan lebih selesa dan senang nak kemas.

Dalam masa sama, Shila memberi teguran berdasarkan hantaran di Instagram Story untuk tidak menceritakan hal keluarga di media sosial.

Baca:

Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit

Ramai puji sikap pemurah rakyat Malaysia, sanggup bagi bantuan secara percuma kes langgar lari

Terkejut belek akaun TikTok suami, wanita ini tak sangka anak sendiri tergamak layan bapa tiri