Realtime website trackingweb stats

Mak-mak jangan over sangat, kesian anak dimarahi guru sebab mekap sempena hari merdeka

Oleh ADINDA

Mak-mak jangan over sangat, kesian anak dimarahi guru sebab mekap sempena hari merdeka.

Difahamkan, guru besar sekolah tersebut juga tiada masalah dengan tindakan pelajar memakai alat solek sempena sambutan Hari Merdeka.

Peraturan sekolah diwujudkan bertujuan untuk mengekalkan sikap disiplin dalam kalangan para pelajar. Namun, ia juga boleh menjadi agak kurang rasional apabila tiada sebarang kelonggaran diberikan.

Baru-baru ini, seorang bapa kepada pelajar perempuan meluahkan kekecewaannya dengan cara guru yang melayan anak perempuannya ketika sambutan Hari Merdeka di sekolah.

Jelas si bapa, pihak sekolah mengalakkan para pelajarnya memakai baju tradisional untuk pertunjukan pakaian.

Jadi anak perempuannya bernama Ammara berusia lapan tahun dengan terujanya mengenakan pakaian tradisional kaum India yang dikenali sebagai Lehenga serta memakai alat solek.

Kanak-kanak itu bersama ayahnya siap sempat bergambar di dalam rumah untuk dijadikan sebagai kenangan.

Guru Halang Murid Masuk Ke Sekolah Dengan Memakai Solekan Di Wajah

Namun, kegembiraan kanak-kanak itu tidak lama apabila dia dimarahi seorang guru di pintu pagar sekolah sebaik tiba di sana.

Ammara didakwa dimarahi oleh guru berkenaan kerana memakai alat solek pada wajahnya.

Bukan itu sahaja, guru berkenaan juga telah mengelap solekan Ammara dan tindakan tersebut menyebabkan Ammara berasa kecewa dan malu.

Walaupun tiada lagi solekan di wajah, rakan-rakan sekelas Ammara masih memberi sokongan kepadanya.

@shazliey1 pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Adakah Ibu Bapa Pelajar Dimaklumkan Tentang Larangan Memakai Solekan?

Bapa Ammara mendakwa ibu bapa tidak dimaklumkan di dalam grup WhatsApp tentang larangan memakai alat solek bagi majlis tersebut kerana mereka hanya diberitahu tentang pemakaian baju tradisional sempena Bulan Kebangsaan.

Si bapa mempersoalkan tindakan guru berkenaan yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan.

Tetapi lain pula respon guru terbabit yang dikatakan menyalahkan guru lain kerana tidak memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan larangan memakai solekan di sekolah.

Si Bapa Dakwa Guru Besar Tiada Masalah Dengan Pelajar Pakai Alat Solek

Difahamkan, guru besar dan guru-guru lain pula tidak mempunyai masalah dengan pelajar yang memakai solekan pada hari tersebut.

Malah, mereka juga terkejut dengan reaksi serta tindakan yang dilakukan oleh berkenaan.

Selepas berbincang dengan pihak sekolah, bapa kepada Ammara memafkan guru terbabit dan berharap perkara ini dijadikan sebagai pengajaran.

@shazliey1 Bismillah hirahman nirahim.. semoga dengan video ini akan dapat menjawab persoalan yang ada. jom kita positif.. terima kasih rakyat Malaysia.. #bajukemerdekaananak #ammarakeysha #cikgudanmurid #budakdarjahdua #modelcilik #jompositif #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Netizen Beri Pendapat Berbeza Tentang Isu Pemakaian Alat Solek Di Sekolah

Di ruangan komen video, rata-rata netizen bersetuju dengan si bapa yang berpendapat bahawa alat solek kebiasaannya dibenarkan di sekolah untuk acara khas seperti konsert dan sambutan Hari Merdeka.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang menegaskan bahawa alat solek tidak pernah dibenarkan di sekolah dan lebih memihak kepada tindakan yang dilakukan oleh guru terbabit.

Pada masa sama, netizen memberi pandangan mungkin guru itu boleh bertindak lebih sopan dengan menyuruh pelajar tersebut pulang ke rumah atau membantunya menanggalkan solekan di lokasi tertutup.

Baca:

Walau dah sembuh dari sihir, Diva AA tetap ‘cakap laser’ tapi tak sentuh 3 isu ni

Hana keguguran terjejas emosi ‘dihukum’ kifarah rogol, Da’i Syed ambil tindakan mahkamah

Nak lancar satelit tinjau matahari pula, rupanya ini rahsia India kuasai program angkasa lepas bajet ‘rahmah’