Realtime website trackingweb stats

Mak-mak boleh cuba resipi ikan siakap buttermilk bakar untuk hidangan keluarga, sedap & lemak berkrim!

Oleh FATIN AQILAH

Anda selalu memesan ikan siakap di restoran masakan Thai dan hotel, tetapi pernahkah cuba membuatnya di rumah?

Anda boleh memulakan dengan resepi yang ringkas seperti Ikan Siakap Buttermilk Bakar ini.

Ikan siakap merupakan ikan yang rendah kalori, tetapi kaya dengan sumber protein, selenium, dan asid lemak omega-3 yang sangat baik. Ia juga dikenali sebagai ikan kakap putih.

Mengapa ikan siakap sangat popular di kalangan rakyat Malaysia? Ini disebabkan oleh kelazatannya yang mudah didapati dan isinya yang mempunyai rasa yang sungguh enak.

Ikan siakap sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai untuk hidangan utama ketika makan nasi.

Mak mak boleh cuba resipi ikan siakap buttermilk bakar untuk hidangan keluarga sedap lemak berkrim

Kita sering menjumpai ikan masak yang dimasak dengan cara direbus atau menggunakan tiga rasa.

Melalui perkongsian Anas Syauqi di blognya, beliau hanya menggunakan oven untuk memasak ikan siakap.

Beliau menggunakan cara yang cukup mudah dengan hanya membakar.

Peminat butter susu pasti akan tergoda selepas melihat resepi yang dikongsikan. Anda pasti tidak sabar untuk mencubanya di rumah nanti.

RESIPI IKAN SIAKAP BUTTERMILK BAKAR

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap saiz 1kg
  • Butter 50g
  • Susu pekat
  • Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Lada hitam tumbuk

Cara-cara:

1. Sediakan ikan siakap yang dibelah belakang tanpa buang sisiknya. Letak di tepi dahulu.

2. Masukkan mentega dan susu pekat ke dalam mangkuk. Sukatannya agak-agakkan sendiri. Gaulkan hingga sebati.

3. Masukkan serbuk kunyit dan gaulkan hingga sebati lagi.

4. Masukkan sedikit garam dan lada hitam. Gaulkan sekali lagi sehingga sebati.

5. Saluti bahan gaulan pada ikan.

6. Masukkan dalam oven untuk mula membakar pada suhu 180C selama 30 hingga 40 minit. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan!

Bagi peminat buttermilk, anda wajib cuba resipi Ikan Siakap Buttermilk Bakar ini.

Hidangan ini sangat sedap dan lemak berkrim.

Ibu-ibu yang sibuk menguruskan keluarga sepanjang hari tak perlu pening kepala.

Hidangkan ini sebagai santapan keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Kredit: Anas Syauqi

Baca:

Proses masak yang minima, resipi kuih getas lembut sungguh menyelerakan, cubalah!

Sebelum pergi hospital, cek dulu sistem pencernaan badan guna kunyit hidup, gosok-gosok je!

Kenapa batang pokok sawit dihiris jadi kepingan kecil? Ini sebabnya, yang penting dapat elak serangan binatang ini