Realtime website trackingweb stats

Main golf tapi ‘kacau’ kedi sebaya anak, ini ‘habuan’ yang dua pegawai kanan tentera dapat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Gara-gara ‘kacau’ seorang kedi wanita di sebuah kelab golf di Alor Gajah minggu lalu, dua pegawai kanan tentera dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung laporan membabitkan kes cabul.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah, kedua-dua pegawai itu dipanggil pada 6 Oktober lalu susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang berusia 21 tahun.

“Polis menerima laporan pada 5 Oktober lalu daripada wanita tersebut mendakwa telah dicabul oleh dua lelaki sewaktu bekerja di kelab golf berkenaan.

“Mengikut laporan tersebut, kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan, 9 Oktober lalu.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut merupakan pegawai kanan tentera berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Individu ini masing-masing berpangkat Leftenan Kolonal. Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut merupakan pegawai kanan tentera berusia 51 dan 52 tahun yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Individu ini masing-masing berpangkat Leftenan Kolonal. Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

Baca:

CCTV boleh tengok dari rumah, Imam berjaya patahkan percubaan curi speaker masjid

Gaza dibom tanpa henti, setiap rakyat Palestin jadi sasaran, ini 10 fakta terkini wajib tahu

Lega isteri selamat bersalin ketika bom hujani Gaza tetapi balik rumah, ini pula yang terjadi