Mahu beli beli rumah ‘subsale’? 4 nasihat ini wajib pemilik baru tahu elak disaman pihak majlis.
Pemilik baru pulak kena saman Majlis. Ceritanya begini.
“Saya ON bang, rumah pun cantik dah siap ubahsuai, tak perlu buat apa dah” kata klien
Satu hari aku dapat call, klien cakap dia kena kompaun dengan pihak majlis sebab kesalahan pemilik rumah sebelum ni buat renovation tanpa pelan. Tergamam aku sekejap.
Aku terus call pemilik, dan pemilik sahkan memang tak masuk pelan pun masa ubahsuai panjangkan dapur tu. “Alamak, macamana nak setel ni bang” aku cakap. Masing-masing diam je.
“Tapi bang, ini kesalahan dan kecuaian pemilik lama. Bukan salah saya. Boleh tak saya tuntut gantirugi dengan dia?” desak pembeli
Saya pun call peguam tanya, apa nak buat untuk selesaikan masalah ni. Peguam beritahu, selepas ‘kedua-dua pihak’ tandatangan perjanjian jual beli (SPA), pemilik dah terlepas dari segala liabiliti dan rumah dijual dalam keadaan ‘as where it is basis’.
Nak tak nak pembeli terpaksa tanggung kerugian akibat di kompaun majlis. Sebab pemilik lama boleh bangkitkan pembelaan sebagaimana terkandung dalam perjanjian SPA bahawa rumah dijual atas dasar seperti sedia ada.
Kegembiraan asal dapat rumah diubahsuai sepenuhnya akhirnya jadi mimpi ngeri. Bunyi macam tak adil kan? Macam undang-undang kampung? Tak semena kita pula dikompaun.
Secara jujurnya, memang saya tak jangka benda ni akan berlaku kat saya dan klien. Nasihat saya, buat yang nak beli rumah subsale wajib buat langkah ni:
- Buat semakan dengan pelan asal jika rumah ada buat tambahan atau ubahsuai.
- Bandingkan pelan asal (SPA Pemaju) dengan susunatur yang terkini.
- Jika ada perbezaan susunatur, mohon pemilik asal kemukakan salinan Pelan Lulus PBT.
- Wajib ada surat lulus dan Pelan Lulus. Mungkin Pemilik Lama ubahsuai tanpa ikut Pelan Lulus.
Nasihat saya buat anda yang nak beli rumah subsale yang ada ubahsuai pastikan pemilik ada pelan kelulusan majlis.
Ingat kos roboh bukan murah ya. Kadar antara RM100-150 sekaki persegi. Selain anda terpaksa bayar denda/kompaun biasanya 10-20 kali ganda jumlah fi permohonan ke PBT.
Adakah PBT cuai dalam menjalankan rondaan? Kerana mereka tidak cuai ketika kutip bayaran cukai harta?
Dan tambahan, sebagai orang awam boleh buat semakan ke PBT ‘query’ status kelulusan ubahsuai sebelum beli.
Lumrah hidup, bila kita lalai tanpa ilmu, inilah kerugiannya. Asbab tak ambil tahu, mahal harga yang perlu dibayar.
Takkan lah anda kena cuci ‘tahi’ pemilik lama? Tak nak bukan?