Realtime website trackingweb stats

Mahal beli kat kedai, guna cara ini nak buat sotong celup tepung rangup macam kedai tepi pantai

Oleh FATIN AQILAH

Sotong celup tepung merupakan hidangan yang popular di kalangan pencinta makanan laut.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada kelembutan sotong yang dicelup dalam tepung rangup, mencipta rasa rangup yang memikat.

Banyak orang mencuba membuat sotong celup tepung tetapi tidak berjaya. Tepung tidak menjadi rangup, terlerai semasa digoreng, dan kurang sedap.

Dalam artikel ini, anda akan belajar cara membuat sotong celup tepung yang rangup dan sedap supaya lepas ini jika buat menu yang sama, hasilnya menjadi sotong celup tepung jadi rangup, sedap dan kulit tak tanggal dengan menggunakan cara daripada Meen Yusoff.

Cara-caranya:

Potong sotong ikut cita rasa.

Perap sotong dengan tepung serbaguna Bestari dan air.

Selepas 10 minit, masukkan sebiji telur.

Sediakan pula bancuhan tepung Bestari bersama sedikit teping beras dalam bekas yang senang untuk kita goncang.

Ambil sotong yang diperap tadi, masukkan dalam bancuhan tepung kering. Ambil sotong saja.

Tutup bekas dan goncangkan supaya semua sotong tersalut tepung. Lagi mudah, tak membazir tepung dan tak bersepah.

Ini hasil selepas digoncang tadi.

Panaskan minyak yang banyak dan goreng. Bila dah garing, buih dah kurang boleh angkat.

Hasilnya:

Mahal beli kat kedai, guna cara ini nak buat sotong celup tepung rangup macam kedai tepi pantai

Selamat mencuba.

Baca:

‘Jangan samakan saya dengan dia lagi’ – Ini sebabnya Adam Lee buang jambang

Siapa kata boikot tak berkesan, data dedah Starbucks merosot 40 peratus

‘Pergi tandas, keluar makan pun ada yang rakam senyap-senyap’ – Nadin Amizah rimas diperhati gerak-geri