Realtime website trackingweb stats

Macam mana nak maju kalau takut tegur pemimpin

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Masyarakat Malaysia takut untuk tegur pemimpin kerana takut akan dikenakan tindakan keatasnya. Budaya ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia tidak maju kerana budaya menegur dan orang yang ditegur itu sendiri tidak mahu mengakui kesalahan dan memperbaiki kesilapannya.

Pemimpin juga perlu memainkan peranan yang penting untuk mendengar luahan rakyat. Dengarlah teguran yang diberi dengan tekun dan ambillah teguran yang boleh memberi impak positif kepada negara dan membuat suatu tindakan yang rasional.

Dalam islam juga, sekiranya seseorang itu memberikan teguran kita perlu berterima kasih kepada mereka. Walau bagaimanapun, teguran yang dibuat hendaklah berilmu dan yakin dengan apa yang ditegur kerana kita tidak mahu dikatakan hanya bercakap kosong dan menegur mengikut emosi.

Dalam memberikan teguran juga perlu adanya adab untuk menegur, contohnya dengan menyampaikan idea dalam teguran. Dengan cara ini orang yang ditegur itu akan berfikir lebih rasional terhadap teguran tersebut.

Sudah menjadi lumrah setiap manusia melakukan kesalahan, dan amalan tegur menegur ini dapat membantu kita untuk menjadi seorang muslim yang cemerlang dan seterusnya membentuk sesebuah kerajaan yang gemilang.

https://youtu.be/AF6FRQoAAjE