Musim bazar Ramadan semakin hampir tetapi peniaga diingatkan janganlah jual kuih itu intinya sedikit sangat macam bulu hidung saja.
Itu antara sindiran seorang TikTokers kepada bakal penjual di gerai bazar Ramadan sekaligus isyarat bahawa peniaga terbabit sentiasa dalam pemerhatian netizen yang seperti CCTV.
Tahun ini jika masih ada lagi peniaga yang tamak atau menjual makanan yang tidak selayaknya dengan nama dan harga, jangan menyesal jika giliran anda pula jadi bahan ‘viral’ nanti.
Menerusi video pesanan ‘khidmat masyarakat’ oleh Ervan Rizuan, dia berkongsikan pengalaman ‘real’ yang dialaminya sendiri apabila terbeli karipap ‘oksigen’.
Dia berterus-terang berpendapat jika bukan dalam bidang berkaitan makanan atau tidak biasa dengan kerja-kerja memasak, tidak perlulah berniaga di bazar Ramadan.
“Tahu… ekonomi tengah gawat sekarang ini. Tapi yang berniaga tu biar ikhlas.
“Biar kena dengan bidang kita. Kalau pomen kereta tiba-tiba nak jual kuih. Tak jadilah.
“Kenapa kosong saja karipap ni (tanpa inti)? Macam bulu hidung dalam (karipap) ni,” katanya dalam loghat Terengganu selepas menggoncangkan sebiji karipap yang sedikit sangat intinya.
Dalam masa sama, Ervan berkata, dia tidaklah marah dengan peniaga yang bermasalah seperti yang menjual ‘karipap inti bulu hidung’ itu.
Namun, nasihatnya baik-baik, peniaga sedemikian tidak perlulah menjual makanan lebih-lebih lagi di bazar Ramadan.
“Bukan nak marah. Kalau bukan bidang kita (dalam makanan), tak usah jual lah,” ulanginya lagi dalam rakaman video ‘filter’ yang menarik perhatian orang ramai itu.
Rata-rata warganet bersetuju dengan seruan Ervan selain berkongsikan pengalaman ‘ngeri’ mereka di bazar Ramadan yang mereka alami.
“Inti kuih sikit sangat tapi harga ‘pecoh pale’.
“Jual lah dengan ikhlas. InshaAllah rezeki berkat. Rezeki berkat hidup pun tenang je.
“Aku pernah beli karipap inti bihun je.
“Nak berniaga ni, macam mana kita makan , macam tu lah kita jual,” demikian antara komentar warganet.
@ervan818pesanan je dok maroh kepada hok nk nege bulang puasa ni 🥲
Baca:
Ini ibu bapa perlu tahu garis panduan pakaian sekolah sesi akan datang ketika cuaca panas melampau