Tabiat lupa jangan dibuat main sebab bukan sahaja mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit malah nyawa pun boleh melayang.
Kajian menunjukkan sejumlah 55 juta orang di seluruh dunia hidup dengan mengalami masalah berkaitan lupa seperti demensia atau nyanyuk dan ia dijangka meningkat ke 78 juta orang pada 2030 dan 139 orang pada 2050.
Memandangkan cabaran hidup zaman ini juga semakin mencabar dan rumit, perlu juga kita ada kesedaran untuk tajamkan ingatan.
Ikhtiar dengan 5 cara ini mungkin sekurang-kurangnya membantu mengelak kena penyakit lupa keterlaluan atau paling tidak pun melambatkan proses lupa.
1. Kurangkan pengambilan gula
Ingatan yang sihat juga ada ‘musuhnya’ iaitu rasa manis yang memang sedap di lidah tetapi bukan di otak.
Kajian pada 2017 mendapati, diet tinggi gula boleh meningkatkan risiko penyakit lupa seperti Alzheimer. Jadi, kawal pengambilan gula dalam diet untuk mengurangkan risiko hilang ingatan.
2. Coklat pahit (dark chocolate)
Rasa pahit dan manis dark chocolate rupanya membantu meningkatkan daya ingatan. Kajian pada 2011 mendapati kandungan flavonoid padanya membantu meningkatkan otak bekerja.
Orang yang makan dark chocolate memiliki prestasi lebih baik dalam mengingati sesuatu. Sebaik-baiknya pilih yang mengandungi 72 peratus koko yang lebih tinggi daripada coklat biasa.
3. Kopi
Kafien dapat meningkatkan daya ingatan jangka pendek. Kajian dilakukan Frontiers in Psychology mendapati orang dewasa yang minum kafein pada waktu pagi dapat meningkatkan memori dengan lebih baik.
Individu yang minum 200 miligram kafein setiap hari pula mendapat markah lebih baik ketika mengambil ujian ketajaman memori, menurut kajian pada 2014.
4. Ikan berlemak
Lemak ‘baik’ diperlukan tubuh apatah lagi Omega-3 daripada ikan seperti ikan kembung, salmon dan sebagainya.
Ikan-ikan dengan lemak sihat yang tinggi inilah membantu mengawal inflamasi yang diakibatkan oleh insulin daripada pengambilan makanan bergula. Inflamasi berlebihan menurunkan kemampuan kognitif.
5. Tidur mencukupi
Tidur mencukupi penting bagi fungsi otak dan banyak kes yang mempunyai pengalaman menjadi pelupa dikesan mempunyai gangguan tidur.
Bukan sahaja asas kesihatan fizikal dan mental, tidur malah bermanfaat untuk kesihatan otak.
Kurang tidur boleh menyebabkan gangguan kognitif termasuk dalam memproses memori.
Baca:
“Rupanya macam makhluk asing” – Bayi tiga kepala dilahirkan di India
Goku tiba-tiba jadi kecil dalam siri baharu Dragon Ball DAIMA, bakal ditayang tahun depan
“Suara saya unik, 10 guru vokal puji saya boleh nyanyi”- Iqbal Zulkefly