Realtime website trackingweb stats

‘Lupa’ dia jamah ketam berjemaah, wanita panggil polis selepas dapat bil lebih RM4,500

Oleh FATIN AQILAH

Mungkin ‘lupa’ yang dia dan rakan-rakannya menjamah hidangan makanan laut yang umumnya lebih mahal, seorang pelancong wanita Jepun meminta polis untuk campur tangan.

Kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Clarke Quay, Singapura itu menyaksikan Junko Shinba terkejut apabila menerima jumlah bil hidangan ketam cili mencecah S$1,322.37 bersamaan kira-kira RM4,529.39.

Shinba, 50, memberitahu pegawai polis bahawa dia dan rakan-rakannya tidak dimaklumkan dengan betul mengenai harga sebenar hidangan ketam itu.

Sebelum itu, wanita berkenaan memesan hidangan ketam cili popular di restoran Seafood Paradise, pada 19 Ogos lalu, atas cadangan pelayan premis berkenaan.

'Lupa' dia jamah ketam berjemaah, wanita panggil polis selepas dapat bil lebih RM4,500

Menurut Shinba, pelayan tersebut cuma menunjukkan hidangan ketam berharga AS$20 (RM94) tanpa menjelaskan harga itu sebenarnya untuk 100 gram (g).

“Kami tidak dimaklumkan berapa jumlah berat ketam itu sebelum dimasak,” katanya.

Ujarnya, mereka diberikan kira-kira 3,500 g hidangan ketam itu dengan harga mencecah kira-kira RM4,529.39.

“Kami semua buntu apabila mengetahui makan malam untuk empat orang dewasa menelan belanja sebanyak itu,” kata Shinba.

Jelasnya, kakitangan restoran itu menegaskan tidak mengenakan bayaran berlebihan.

Bahkan, mereka turut ditunjukkan resit daripada pelanggan lain yang memesan hidangan sama.

“Saya turut menghubungi Lembaga Pelancongan Singapura sebelum kes ini dirujuk kepada Persatuan Pengguna Singapura,” katanya.

Enggan memanjangkan isu, pihak Paradise Group memberi diskaun kira-kira AS$78 (RM365) kepada pengadu terbabit.

Namun, mereka menafikan dakwaan pelancong tersebut kononnya tidak diberitahu terlebih dahulu harga sebenar untuk hidangan ‘kayangan’ itu.

Baca:

Bekas menantu Zainal Abidin dedah bekas suami pernah minta rakan tidurinya beramai-ramai

Kisah seram UITM, yang pernah tinggal di blok sama boleh sahkan- “Siapa pulak main seret-seret ni?”

Bawang lagi besar dari kepala, rupanya petani ini guna dua teknik hasilkan tuaian rekod dunia