Anak kedua kepada pegawai tentera yang terkorban dalam kemalangan helikopter di Pangkalan TLDM, Lumut pada 23 April yang lalu berkongsi perasaan sedihnya apabila mengenangkan kembali masa bersama arwah bapanya.
Melalui video yang Nurul Shahfizah kongsikan di TikTok, dia memberitahu yang sudah lebih seminggu bapanya meninggalkan keluarga selepas kejadian yang menyedihkan itu berlaku.
“Seminggu dah papa pergi tinggalkan kami, apa pun papa dah buat yang terbaik untuk keluarga..simpan sini buat kenangan,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Apabila melihat di ruangan komen, kebanyakan pengguna internet menghantar doa Surah Al-Fatihah untuk arwah yang telah pergi dan menyatakan rasa simpati kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang mereka.
Pada masa yang sama, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Nurul Shahfizah dan keluarganya agar dapat terus kuat menghadapi cabaran ini.
Untuk makluman, seramai 10 orang telah meninggal dunia dalam kemalangan dua helikopter TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pada 23 April yang lepas.
Kedua-dua buah helikopter yang bertembung dan terhempas dilaporkan sedang berlatih bersama untuk sambutan Hari Ulang Tahun TLDM yang ke-90, yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Juga, perlu diingat bahawa sambutan Hari Ulangtahun Ke-90 TLDM telah dibatalkan, dan dijadikan majlis tahlil serta doa selamat, setelah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendapat keizinan dari Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan Kapten Kehormat TLDM.
@fzgone seminggu dah papa pergi tinggalkan kami, apapun papa dah buat yang terbaik untuk family…simpan sini buat kenangan ❤️🥰#fyp #helicopterfennec #tenteralautdirajamalaysia #tldmlumutperak
Baca:
Detik isteri Caprice mengamuk suruh individu hina anak melutut mohon maaf depan-depan
Urat kaki tiba-tiba membengkak ketika melawat ‘kawasan’ Mona Fandey, akhirnya misteri terungkai
Ramai mengaku keluar air mata jantan, psikiatri ini nasihat zahirkan kasih sayang kepada anak