Semua ahli politik terutama parti pembangkang semangat dan dilihat bersungguh dalam membicarakan kepentingan memperkenalkan Akta Anti Lompat Parti bagi membendung kecenderungan wakil rakyat lompat parti di negara ini.
Walaupun dah banyak kali idea ini timbul, tetapi selepas berlakunya sejarah pengkhianatan terbesar negara iaitu Langkah Sheraton atau sebahagian menggelarnya Langkah “Syaiton” idea untuk dilaksanakan Akta Lompat Parti ini kembali dibangkitkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kajian secara mendalam perlu dilakukan sekiranya ingin menggubal Akta Anti Lompat Parti kerana ia bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak membentuk persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang juga seorang pengamal undang-undang pula berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu menggubal Akta Anti Lompat Parti ini kerana dalam perlembagaan itu sudah disediakan infrastrukturnya di bawah Fasal (2) (c) Perkara 10 untuk suatu Akta Anti Lompat Parti digubal.
Adalah disangsikan kesanggupan kerajaan PN untuk gubal Akta Anti Lompat Parti kerana kerajaan PN itu sendiri ditegakkan atas perbuatan lompat-melompat parti
https://www.youtube.com/watch?v=-YKaQdZwu_8