Kerajaan MADANI mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 bermula hari ini, melibatkan kira-kira lima juta penerima di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan merangkumi 3.7 juta isi rumah serta 1.3 juta warga emas yang tidak mempunyai pasangan, dengan jumlah bayaran antara RM100 hingga RM500 bergantung kepada kelayakan masing-masing.
Menurut beliau, penambahbaikan terhadap pelaksanaan STR yang kini digabungkan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bertujuan memastikan golongan layak menerima bantuan secara lebih tersusun, berterusan dan konsisten bagi menampung keperluan asas harian.
βSTR berfungsi sebagai bantuan tambahan yang disalurkan secara suku tahunan bagi membantu perbelanjaan ketika tempoh tertentu seperti musim perayaan, manakala SARA pula menjadi sokongan bulanan yang lebih stabil,β katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar menegaskan bahawa usaha berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Beliau turut berharap agar bantuan yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima bagi meringankan beban kewangan masing-masing.