Realtime website trackingweb stats

Lengkap kerusi mewah dan banyak jalur LED, tandas awam macam istana ini dianggap antara tercantik di dunia

Oleh ADINDA

Lengkap kerusi mewah dan banyak jalur LED, tandas awam macam istana ini dianggap antara tercantik di dunia.

Reka bentuk dan hiasan dalaman menarik menjadikan ruang tandas awam di sebuah pusat beli-belah di China, dianggap antara tercantik di dunia.

Oddity Central melaporkan, tandas itu direka bentuk oleh X+Living iaitu firma seni bina yang berpangkalan di Shanghai.

Terletak di tingkat enam pusat beli-belah Deji Plaza di Nanjing, ia membuatkan orang ramai berasa seperti berada di dalam istana, dengan koridorrnya dipenuhi tumbuhan yang keluar dari dinding.

Ia juga dilengkapi dengan lampu gergasi yang menyinari dari atas, dan dengan cahaya yang memantul di lantai berkilat.

Di penghujung koridor, terdapat ruang istirahat lengkap dengan sofa yang diilhamkan oleh kelopak bunga.

Di situ, individu boleh menunggu rakan mereka yang menggunakan tandas.

Lengkap kerusi mewah dan banyak jalur LED, tandas awam macam istana ini dianggap antara tercantik di dunia.Reka bentuk dan hiasan dalaman menarik menjadikan ruang tandas awam di sebuah pusat beli-belah di China, dianggap antara tercantik di dunia. Oddity Central melaporkan, tandas itu direka bentuk oleh X+Living iaitu firma seni bina yang berpangkalan di Shanghai.
DI penghujung koridor, terdapat ruang istirahat lengkap dengan sofa yang diilhamkan oleh kelopak bunga.

Tandas untuk lelaki dan wanita menampilkan hiasan lengkap dengan sinki berinspirasikan air pancut yang diletakkan pada ketinggian berbeza. Ia menjadikannya mudah dicapai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

“Tandas di pusat beli-belah adalah ruang awam yang terbuka kepada semua orang.

“Ia memberi mereka ruang untuk berehat atau ‘menyusun semula’ diri mereka.

“Ketika proses reka bentuk, saya tidak begitu mahu mereka bentuknya sebagai ruang berfungsi sahaja.

“Jadi, saya cadangkan lebih penekanan pada reka bentuk tandas supaya mencerminkan penjagaan kemanusiaan di sudut yang tidak dijangka di pusat beli-belah.

Lengkap kerusi mewah dan banyak jalur LED, tandas awam macam istana ini dianggap antara tercantik di dunia.Reka bentuk dan hiasan dalaman menarik menjadikan ruang tandas awam di sebuah pusat beli-belah di China, dianggap antara tercantik di dunia. Oddity Central melaporkan, tandas itu direka bentuk oleh X+Living iaitu firma seni bina yang berpangkalan di Shanghai.
TANDAS itu terletak di tingkat enam pusat beli-belah Deji Plaza di Nanjing

“Itulah sebabnya kami menghasilkan konsep ‘taman santuari’,” kata pereka, Li Xiang.

Banyak yang menarik pada tandas itu, daripada abstrak geometri dan bentuk yang diilhamkan daripada bunga dan serangga, sehingga kepada kerusi mewah serta banyak jalur LED.

Baca:

Pengembara masa macam mustahil, tapi aksi wanita sedang bercakap di telefon bimbit ini memang pelik

Sanggup swap Iphone 14 pro max dengan proton wira, berbaloi habis

Lama menyepi, rupanya ini yang Fatiya Latiff buat sekarang, betul-betul beauty with brain