Realtime website trackingweb stats

Lemon buah serba guna, bukan buat minum sahaja, siap boleh buat pengilat table top

Oleh AHMAD ISMAIL

Lemon merupakan salah satu buah yang sebaiknya disediakan di rumah anda.

Penting untuk sentiasa memiliki stok buah lemon kerana buah ini memiliki banyak kelebihan.

Lemon bukan hanya digunakan untuk membuat air lemon yang menyegarkan, tetapi juga dapat menjadi ubat semulajadi ketika kita mengalami demam.

Lemon buah serba guna, bukan buat minum sahaja, siap boleh buat pengilat table top

Mandi dengan air lemon juga dapat memberikan rasa kesegaran dan keharuman pada tubuh, serta memberikan perasaan kesihatan yang lebih baik.

Jika anda ada lebihan buah lemon, disarankan untuk tidak membuangnya. Lemon mengandungi antibakteria semulajadi dan tinggi kandungan asid sitrik.

Manfaat lemon tidak hanya terdapat pada air perahannya, tetapi juga pada kulitnya.

Lemon dapat digunakan untuk membersihkan dapur dengan mudah hanya dengan menambahkan air dan cuka.

Campurkan kedua bahan tersebut dalam botol spray, semburkan pada tempat yang ingin anda bersihkan, dan dapur akan menjadi lebih bersih, wangi, dan berkilat.

Lemon buah serba guna, bukan buat minum sahaja, siap boleh buat pengilat table top

Selain dari itu, anda juga boleh menggunakan lebihan lemon dengan cara seperti di bawah:

1. Perah lemon ke dalam sedikit air dan cuka. Boleh lap dapur gas, table top dan sebagainya.
Jimat tak perlu guna sabun atau pencuci lain

2. Gosok lemon pada paip sinki. Boleh mengilatkan paip dan nampak lebih bersih berseri

3. Ambil sedikit garam dan letak atas lemon. Gosok permukaan sinki dan sinki akan jadi bersih berkilat dan berbau wangi

4. Letak lebihan lemon dalam fridge. Bau segar lemon boleh menyerap bau yang tidak menyenangkan

Amat mudah, cepat dan jimat kan?

Semoga info ini bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca:

Miliki kenderaan bernilai RM23.2 bilion, ini antara 3 koleksi kereta super mewah Sultan Brunei dengan harga cecah ratusan juta

Bukan Chef Wan yang bayar gaji, rupanya hanya terlibat dalam kualiti makanan saja

Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira