Realtime website trackingweb stats

Lelaki tulen pun ramai tak mampu kerja ingatkan mati, tapi ada sebab bekas ‘gadis lorong’ ini terkilan

Oleh AHMAD ISMAIL

Pernah bergelar ‘gadis lorong’, Jun atau nama sebenarnya Muhamad Asrul Abdu Kadir, 39, memang lain dari lelaki lembut yang lain.

Hasil menekuni YouTube, siapa sangka kini beliau buat kerja yang sekaligus mengingatkan kematian.

Asrul yang selama 15 tahun bergelumang dengan dunia gelap kehidupan mak nyah, sekarang mencari rezeki sebagai pembuat keranda, batu nisan dan kepuk.

Malah, ‘lelaki tulen’ pun tak ramai berani paling tidak pun sanggup terbabit dalam kerja amal menguruskan jenazah hingga ke liang lahad.

Namun, berbeza dengan Asrul walaupun nampak terliuk lentok secara fizikal tetapi jiwa dan rohaninya sekental besi.

Lelaki tulen pun ramai tak mampu kerja ingatkan mati, tapi ada sebab bekas 'gadis lorong' ini terkilan

Beliau pernah dicop ‘gila’ oleh rakan pondannya kerana memilih pekerjaan itu dan menjadi satu-satunya mak nyah yang terbabit dalam bidang berkaitan kematian.

Menurutnya, dia mula serius menjadi pembuat keranda, batu nisan dan kepuk sejak 2017 kerana ingin mengumpul pahala bagi menebus kesilapan silamnya.

Jelasnya, selain itu, pekerjaan dilakukannya sekarang juga mengingatkan dirinya akan kematian yang boleh berlaku bila-bila masa.

“Pada asalnya, saya memang tidak tahu membuat keranda, kepuk dan batu nisan, tetapi suka melihat orang lain yang melakukannya.

“Selepas itu, saya suka ‘bereksperimen’ di rumah untuk menghasilkan tiga kelengkapan berkenaan, tetapi tidak berjaya.

“Lalu saya mengambil inisiatif mempelajari cara pembuatan keranda, kepuk dan batu nesan yang lebih teliti menerusi YouTube.

“Alhamdulillah, saya berjaya menghasilkan hasil yang diinginkan,” katanya, lapor Harian Metro.

Sifat bersungguh Asrul sudah membuahkan hasil. Beliau kini dah cekap menghasilkan keranda, batu nisan dan kepuk. Asrul sudah boleh siapkan dalam masa dua hingga tiga hari sahaja.

Walaupun sudah banyak membuat keranda, batu nesan dan kepuk tempahan pelanggan, sebenarnya terselit perasaan ralat di hatinya.

Jauh di lubuk hatinya, Asrul terkilan kerana tidak dapat menghasilkan keranda, batu nisan dan kepuk untuk ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2016.

Baca:

9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada

China Kalahkan Amerika Syarikat, NASA Bina Reaktor Nuklear Angkasa 100 Kali Ganda Lebih Kuat

Mayat mangsa bunuh ‘bangun’ buat video call sewaktu sedang dikebumi, habis ahli keluarga terkejut