Lelaki Terkejut, Bekas Pemilik Rumah Sembunyi di Ruang Bawah Tanah Selama 7 Tahun! Seorang lelaki terkejut apabila mendapati bekas pemilik rumah sanggup bersembunyi di ruangan bawah tanah kediamannya selama tujuh tahun.
Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Li berkata, dia membeli sebuah rumah sekunder di pusat bandar dengan harga hampir 2 juta yuan (RM1.2 juta) pada 2018.
Menurut Li, perkara tersebut terbongkar apabila dia menemui pintu tersembunyi di belakang tangga menuju kepada ruang bawah tanah yang tidak pernah disedarinya sebelum ini.
Ruang bawah tanah itu luas dan lengkap dengan sistem pengudaraan, pencahayaan bahkan terdapat sebuah bar kecil.
Dia berkata, terdapat kesan jelas menunjukkan bahawa seseorang mendiami ruang tersebut dan perkara itu menimbulkan rasa kurang senang.
Li kemudian menghubungi pemilik sebelum ini bernama Zhang dan mendakwa wanita berkenaan sengaja menyembunyikan kewujudan ruang bawah tanah sewaktu urusan jual beli.
Bekas pemilik hartanah itu mendakwa bilik bawah tanah tersebut tidak termasuk dalam urusan penjualan dan ia masih ruang peribadi miliknya.
Li bagaimanapun tetap berpendirian bahawa ruangan bawah tanah berkenaan merupakan hak miliknya memandangkan telah membayar harga penuh untuk rumah tersebut.
Dia memutuskan untuk membawa kes itu ke mahkamah dan akhirnya keputusan berpihak kepada Li.
Zhang diarahkan untuk membayar pampasan wang dan mahkamah mengesahkan pemilikan sah Li ke atas bilik bawah tanah tersebut.
BACA LAGI :
Mahu jual rumah disewa nak cari ‘side income’, waris diharap jenguklah rumah di Rawang
Mengapa orang kaya akhirnya mahu jual rumah, dah selesa apasal nak jual pulak, rupanya ini punca
Ini sebab rumah buruk di tengah Kuala Lumpur dijual RM 2.5 juta