Realtime website trackingweb stats

Lelaki tak jaga makan biasanya ‘mangsa’, ketahui 6 tanda awal dan 7 risiko kanser usus

Oleh AHMAD ISMAIL

Kanser usus besar, khususnya kolon dan rektum dikelaskan sebagai kanser paling biasa dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Dipanggil juga kanser kolorektum tiada tanda khusus untuk tahu sudah menghidap penyakit ini.

Pertumbuhan sel kanser di dalam saluran usus besar, khususnya kolon dan rektum menyebabkan berlakunya kanser kolorektum.

Pada tahap awal, sel abnormal didapati pada dinding usus yang dikenali sebagai kanser primari. Seterusnya ini empat tahap kanser usus:

Tahap I: Kanser terbentuk pada lapisan usus dan menyerang submukosa.

Tahap II: Kanser merebak ke dalam dinding otot usus.

Tahap III: Kanser merebak ke dalam nod limfa pada usus.

Tahap IV: Kanser merebak pada organ seperti jantung, hati, dinding abdomen dan ovari.

Kanser usus boleh menyerang semula meskipun selepas rawatan dijalankan terutamanya pada kawasan usus dan organ.

Bagi individu yang disahkan menghidap kanser kolorektum, pesakit perlu sentiasa berbincang dengan doktor mengenai matlamat dan pilihan rawatan ketika janji temu supaya mendapat maklumat secukupnya mengenai tahap kesihatan mereka.

Enam tanda awal kanser usus:

1. Perubahan tabiat usus, termasuklah cirit-birit, sembelit atau perubahan pada kekerapan membuang air besar dalam tempoh empat minggu.

2. Berlaku pendarahan rektum atau terdapat darah pada najis.

3. Berlaku ketidakselesaan abdomen secara berterusan seperti kekejangan, angin dan sakit pada kawasan berkenaan.

4. Kesan keletihan melampau.

5. Kehilangan berat badan secara mendadak.

6. Gejala yang dialami ini bagaimanapun berbeza mengikut individu berdasarkan saiz sel kanser dan lokasi di dalam usus besar. Sebahagian besar pesakit langsung tidak mengalami sebarang gejala.

Tujuh keadaan yang menyumbang kepada tingginya risiko kanser usus:

1. Usia – Kebanyakan pesakit berusia lebih daripada 50 tahun dan jarang berlaku pada individu muda. Pesakit juga pernah menghidap polip.

2. Radang usus – Pesakit kolitis ulseratif dan penyakit Crohn berisiko menghidap kanser usus.

3. Diet tinggi lemak dan rendah serat – Risiko kanser usus lebih tinggi kepada golongan yang mengamalkan pemakanan daging merah dan daging proses.

4. Gaya hidup kurang aktif – Mengamalkan senaman atau aktiviti fizikal mengurangkan risiko kanser usus.

5. Diabetes – Pesakit diabetes juga mudah menghidap penyakit kanser usus.

6. Obesiti – Orang yang mempunyai berat badan berlebihan mudah mendapat kanser usus. Risiko kematian disebabkan penyakit juga lebih tinggi berbanding orang normal.

7. Merokok – Gaya hidup tidak sihat, merokok pengambil alkohol tingkat risiko kanser

Baca:

Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada

Profil pelakon cantik Amelia Henderson ramai tak tahu, rupanya pernah jadi kerabat

Pendera budak bukan saja pengasuh, mengejutkan rupanya ada 1,504 kes ibu bapa dera anak sendiri