Sebagai seorang anak, kita tidak mampu membalas segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, hatta dibayar segunung emas sekali pun.
Baru-baru ini, seorang lelaki dipuji oleh netizen selepas beliau mengubahsuai bilik sewa menjadi seakan hotel lima bintang untuk ibunya.
Menurut TikTok @lokmanhaqimygbaikhatii, beliau membuat transformasi bilik sewa setelah mengetahui rumah ibunya akan dirobohkan.
Tanpa berlengah, Lokman segera mencari inspirasi melalui carian Google.
Sejurus mendapat inspirasi, beliau membeli pelbagai barangan yang diperlukan dan memulakan kerja-kerja mengubah suai salah satu bilik di rumah sewanya.
Untuk menaikkan suasana bilik itu, Lokman mencari barangan dekorasi yang berpatutan bagi menceriakan bilik tersebut.
Untuk memudahkan ibunya mengaji atau menonton televisyen, Lokman mendapatkan sofa recliner pada harga ‘durian runtuh’.
Untuk kemudahan ibunya, Lokman memasang kawalan peralatan elektronik di dalam bilik menggunakan telefon pintar.
Jadi, ibunya tidak perlu bersusah payah untuk bangun membuka dan menutup lampu serta kipas. Cukup dikawal menggunakan telefon pintar sahaja.
Beliau turut meletakkan remote penghawa dingin di kepala katil untuk memudahkan ibunya.
“Jadilah walau sebuah bilik, yang penting emak gembira. Alhamdulillah,” ujar Lokman.
Ramai netizen turut gembira melihat hasil transformasi yang cantik itu.
Netizen turut memuji usaha yang dilakukan oleh pemuda itu dalam berbakti kepada ibunya.
Orang ramai juga mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat Lokman dan ibunya.
“Rezeki awak ada ‘keramat’ dalam rumah awak lagi. Doanya akan sentiasa bersama keluarga awak. Moga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Pengakhiran lebih baik dari permulaan,” ujar salah seorang netizen.
BACA: Ramai abai 3 perkara ini jadi punca kipas siling tak rasa angin walaupun berpusing laju