Anak mintak motor ? Jangan layankan, invest lebih sikit untuk belikan Axia (jika berjaya masuk Universiti)
Jika tak minat belajar nak kerja lepas SPM, itu terpulang kepada dia
Jadi topik ini lebih kepada:
Maksimakan keselamatan anak sewaktu menimba ilmu
Kurangkan gangguan tidak fokus belajar sewaktu di kolej atau universiti
Target golongan M40 dan ke atas sahaja
Mari ikuti kisah saya:
Di dalam keluarga saya
Sepupu pergi dulu sebab motor (1st year diploma)
Anak sedara pergi dulu sebab motor (1st year degree)
**Sepupu pergi tahun 94, rindunya sampai ke hari ini.
Jadi, apa kata kita ubah mindset sebagai parents, untuk maximizekan keselamatan anak kita (jika ada kemampuan)
Peratusan untuk budak lelaki tak fokus belajar sangat tinggi setelah dibelikan motor, sebabnya?
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh modifikasi di TikTok
Pemikiran zaman remaja sekarang ini, dia akan maximizekan benda yang pada dia seronok, jadi ubah suai motor tu akan jadi keutamaan dia, bukannya belajar.
Sepatutnya time weekend pecah kepala nak fahamkan formula kalkulus, jika ada motor dia akan leka apa nak modify kat motor ni.
Kalau waktu kerja tu takpelah, ni time belajar.
Berbalik kepada cerita,
Pada zaman remaja ni, adatlah mereka nak rasa keseronokan dan validation.
Yang paling bahaya ialah nak validation selepas terpengaruh video mat rempit kat TikTok.
Dia pun nak merasa superman.
Saya tiap minggu ulang alik JB KL dan dijamin oleh Lever Brothers, akan jumpa budak U ni layan race longgok.
Mat rempit tu dah tak dapat diselamatkan dan boleh agak dari segi pakaian dan modifikasi, tapi yang student ni ikut longgok ni yang menyedihkan.
Jika letak 1000 orang budak U (lelaki) dan diberikan motor, rasa-rasa hanya berapa peratus sahaja yang akan ingat tugas hakiki dia adalah belajar?
Jadi baik halang dari awal, sebab pentingnya habis study dan maximizekan peluang dapat kerja dulu.
Jadi nak main motor pun, tunggu pakai duit gaji dia.
Tapi sebagai parents, cuba invest belikan kereta aja, dan budget basic kereta seperti Axia Rahmah.
Kenapa ?
- Manual 5 speed
- Selamat dari motor
- Modify pun tak guna, bukan laju pun
- Diorang takder duit nak modify sebab aftermarket barang kereta ni mahal
Jadi nafsu nak modify tu akan hilang, dan mereka akan kembali ke tujuan hakiki, fokus belajar kat U.
Baik lelaki atau perempuan, jangan manjakan dengan beli kereta automatik, pandailah mereka pandu manual.
Jadi apa bagusnya transmisi manual?
- Tak boleh main hp sewaktu memandu
- Mata tangan dan kaki jadi fokus sebab pandu jentera manual perlukan extra effort
- Mereka akan belajar hand eye coordination (over the time)
- Akan belajar sendiri double clutch
- Akan belajar sendiri blip sebelum drop gear
- Akan belajar imbang kereta di kawasan berbukit
- Tiada ABS, jadi dia akan belajar brek awal atau elak lock brake
- Takut nak bawak laju sebab apa pun takder
- Kawan nak pinjam? Sekali rupanya manual mt
Lama-lama skill ini akan menjadikan mereka pemandu yang mahir.
Jadi, beajar kat U dapat ilmu, bawa Axia Rahmah pun dapat ilmu memandu yang tiada sapa boleh ajar (pengalaman sendiri )
Y15: RM15k lah katakan (selalunya moto ini akan dimodified dan adik dia tak boleh dah nak guna )
AXIA: RM22K tambah sikit saja, axia yang sama boleh turunkan kat adik adik dia yang nak sambung belajar kat U (katakan ada 3-4 beradik, dah jimat beli 1 kereta saja)
Option lain:
- Savvy 5mt
- KE70 fully restore 4mt
- SAGA 1.3 5mt
- Kancil 5mt
- Civic Telur 1979 5mt
- Mazda 323 1982 5mt
Saya sendiri layan TZ-M lepas dapat kerja, sekali kos nak ubahsuai macam Maju Motor Circuit Edition macam beli RX-8 rupanya.
Okeh,
Skop cadangan ini ialah untuk maksimakan keselamatan anak dan kurangkan pengaruh modifikasi melibatkan motor.
Kemudian kita nak dia sedar , tugas dia cuma belajar sahaja, bukan main main zaman di U.
Nak maksimakan CGPA. Jadilah insan yang mampu berfikir dan pandai cari peluang kerja (bukan duduk rumah kerja cari dia pulak)
Yang naik motor ni ibarat timun, kita tunggang dah betul, tapi risiko dari pemandu lain?
Bila bercerita bab keselamatan, kenalah belanja lebih sikit.
Kurang sikit bab:
- Lumba longgok hujung minggu (Pra mat rempit)
- Risiko balik kampung
Kalau betul nak main motor, tunggu dah dapat kerja, dah ada gaji.
Kereta tu wariskankan kepada adik pulak yang nak masuk U.
- Isu pakwe/makwe zaman U ni, asas dia didikan dari rumahlah ye. Kalau mak/bapak ajar dengan betul, Insya Allah benda ni boleh elakkan
- Isu kawan sama jantina tumpang? Apa salahnya, skill create network, time kerja nanti akan guna skill yang sama
- Baik beli motor sebab nak jimat? Haa yg ni saya tak bleh nak counterlah ye, sebab tu saya letak ayat * jika berkemampuan
Jom berlapang dada dan bincang. Skop ni lebih kepada family level M40 dan ke atas yang anak dia berkeras nak motor
** Teringat mintak motor ngan abah nak RX-S sebab ada klac masa sekolah menengah, sudahnya tetap naik bas gi sekolah. Abah tak kasi.
Baca:
Netizen dilabel munafik! Sajat pertikai kek tapak kuda guna bahan diboikot
Geram lihat komen ‘What Country Is This’, warga maya nak cari lelaki ini
‘Jangan hukum tanpa fakta’ DBKL sekolahkan netizen tuduh ‘zalim’ isu roboh gerai ikan singgang