Realtime website trackingweb stats

Lelaki ini sukar mengucap ketika nazak, rupanya punca sebab tak jaga mulut

Oleh ADINDA

Lelaki ini sukar mengucap ketika nazak, rupanya punca sebab tak jaga mulut.

Individu itu dipercayai sukar mengucap dua kali syahadah dan sebaliknya telah mencarut sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ajal maut semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT kepada setiap manusia di muka bumi tanpa dilambatkan atau diawalkan walau sesaat.

Sebagai umat Islam, pasti ramainya yang mengimpikan pengakiran kehidupan yang baik atau disebut sebagai husnul khatimah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Antara syarat penting untuk membolehkan seseorang menerima husnul khatimah adalah dengan mengucapkan dua kali syahadah sebelum meninggal dunia.

Isteri Tanya Hukum Jika Tidak Mahu Jaga Suami Yang Sakit

Berbicara soal husnul khatimah, baru-baru ini perkongsian video yang dimuat naik di laman X (Twitter @SantapanMinda) telah berkongsi satu kisah benar yang berlaku kepada seorang lelaki.

Wanita itu menceritakan tentang seorang lelaki yang dikatakan tidak boleh mengucap ketika sedang nazak di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Difahamkan individu tersebut telah terlibat dalam kemalangan serta dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan ‘menunggu waktu’ untuk dijemput ajal.

Kisah itu menjadi tanda tanya apabila isteri kepada lelaki tersebut bertanya kepada seorang ustaz tentang hukum jika dia tidak mahu menjaga suaminya yang sedang sakit.

Selepas menerima persoalan itu, tiada jawapan yang diberikan tetapi ustaz berkenaan mengambil keputusan untuk menziarahi suami wanita tersebut di hospital.

Individu Sukar Mengucap Sebelum Meninggal Dunia Kerana Terbiasa Mencarut Semasa Hidup

Ketika menziarahi lelaki tersebut, ustaz berkenaan meminta individu terbabit mengikutnya untuk melafazkan kalimah ‘La Ilaha Illallah’ yang membawa maksud ‘Tiada tuhan selain Allah’.

Alangkah terkejutnya ustaz itu apabila lelaki yang sedang nazak tersebut tidak mengikut ucapan kalimah diucapkan, sebaliknya dia mengeluarkan kata-kata kesat.

Walau bagaimanapun, ustaz itu tetap mengulang ucapan kalimah sama tetapi lelaki berkenaan tetap mencarut. Sehinggalah ulangan ketiga, individu terbabit masih mengeluarkan carutan sebelum meninggal dunia.

Isteri Dedah Suami Kerap Mencarut Ketika Masih Hidup

Selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah, isteri kepada lelaki itu mendedahkan tabiat suaminya sepanjang tempoh di wad ICU.

Dia meluahkan rasa malu kerana suaminya sering kali mencarut kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialami.

Sebagai seorang isteri, saya malu dengan nurse, doktor. Saya malu dengan orang sebelah yang sakit macam suami saya. Orang sebelah suami saya pun sakit juga tapi bila sakit sebut ya Allah sakitnya ya Allah.

Isteri kepada seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.
Tambah wanita itu lagi, suaminya ketika hidup sering mencarut dan dijadikan sebagai bahan jenaka dalam perbualan.

Namun selepas melihat apa yang berlaku, wanita ini meminta agar ustaz tersebut menasihati orang ramai untuk menjaga lisan dan elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat.

Jaga Lisan Agar Berpeluang Untuk Mendapat Pengakiran Yang Baik

Di akhir video tersebut, wanita yang menceritakan kisah ini memberi nasihat kepada orang ramai untuk menjaga tutur kata kerana ia boleh mempengaruhi saat-saat akhir pengakhiran kehidupan.

Sebab bila kita mati nanti dia tak ada istilah pura-pura. Contoh waktu hidup jarang sebut nama Allah. Tiba-tiba orang ajar kita boleh ikut, tak jadi. Sebab pengakhiran kehidupan kita apa yang kita biasa sebut waktu hidup.

Wanita yang berkongsi kisah di dalam video.

Pengajaran daripada kisah yang dikongsikan ini adalah untuk kita semua menjaga pertuturan dan elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dalam percakapan.