Realtime website trackingweb stats

Lelaki ini sanggup hidup dengan ‘menyamar’ jadi burung selama setahun, siap pakai kepala gergasi

Oleh ADINDA

Lelaki ini sanggup hidup dengan ‘menyamar’ jadi burung selama setahun, siap pakai kepala gergasi.

Gara-gara mahu mendekati burung, seorang saintis dari Jepun sanggup memakai topeng kepala haiwan itu selama setahun.

Lapor Oddity Central, saintis yang mengkaji kelakuan burung melakukan eksperimen itu bagi membolehkannya mendekati burung.

Baru-baru ini, profesor dari Tokyo Universiti, Toshitaka Suzuki berkongsi sekeping gambar memaparkan seorang lelaki sedang memakai topeng kepala burung gergasi di laman Twitter.

Dilaporkan, gambar itu dirakam di sebuah kawasan hutan yang terletak di wilayah Nagano.

Gambar itu menunjukkan seorang rakan saintis memakai `topeng penyamaran’ itu selama setahun untuk mendekati sarang burung tanpa mencetuskan sebarang gangguan kepada haiwan itu.

Pakar ornitologi menyedari bahawa spesies burung tertentu mampu mengingat wajah manusia sekaligus akan berhenti berkicau apabila mengesan mana-mana individu mendekatinya.

“Tindakan itu menyukarkan saintis menjalankan penyelidikan mengenai kelakuan spesies haiwan itu. Jadi, dia mendapat idea untuk menyamar sebagai burung,” jelas laporan.

Menurut Toshitaka, rakan sekerjanya mengenakan topeng kepala burung itu selama setahun, namun eksperimen dilakukan gagal.

“Setiap kali burung itu menyedari saintis itu menghampirinya, haiwan berkenaan akan berkicau seolah-olah bunyi amaran,” katanya.

Baca:

Lepas ketuk kepala, muka anak kena lempang sampai sakit gigi, ibu ini dedah kisah guru baran

Wanita guna gigi gigit kabel pengunci berjaya curi iPhone, tapi kena tahan selepas 30 minit

Ayda Jebat tunjuk skil lincah menari dengan perut boyot 7 bulan, macam silap pakaian la pulak